Benarkah Tidak Boleh Mencampurkan Antara Makanan Darat Dan Laut? Ikuti Penjelasan ini.

“Jangan makan ikan dengan ayam serentak, nanti bergaduh dalam perut..”

Antara kata-kata seloroh masyarakat masa kini.

Namun sebenarnya, sejauh mana kebenaran hal ini? Ini kerana orang dulu-dulu selalu mengaitkan kenyataan sebegini dengan zaman Nabi SAW.

“Jangan campur makanan laut dan darat. Nabi tak makan macam tu”

MENURUT ISLAM.

Sebenarnya, tiada larangan sama ada daripada Al-Quran ataupun hadith Nabi SAW berkaitan mencampurkan makanan di antara makanan laut dan darat ketika makan. Akan tetapi, jika ilmu sains membuktikan bahawa dengan mencampurkan antara makanan darat dan laut akan menyebabkan mudharat maka ia perlulah dijauhi.

Di samping itu juga, berkemungkinan amalan tidak mencampur di antara makanan darat dan laut adalah merupakan petua orang-orang tua terdahulu kerana adat orang-orang dahulu adalah dengan tidak mempelbagaikan laut pauk ketika menjamu selera.

Selain itu juga, kita perlulah meraikan adab-adab ketika makan seperti tidak berlebih-lebih dalam menjamu selera dan juga tidak berlaku sebarang pembaziran.

Sebagaimana Allah SWT telah berfirman;

“Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya.” (Surah Al-Baqarah: 172)

Rasulullah SAW juga telah bersabda;

“Tidak ada tempat yang diisi oleh anak keturunan Adam yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi anak keturunan Adam agar makan sekadar untuk menegakkan tulang sulbinya. Melainkan jika dia tidak dapat mengelak, maka isilah sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk minumannya dan sepertiga untuk nafasnya.” (Riwayat al-Tirmizi (2380 – Hadis ini dinilai hasan sahih oleh Imam al-Tirmizi)

MENURUT SAINTIFIK.

Adakah dengan mencampurkan hidangan darat dan laut tidak baik untuk diet dan boleh menyebabkan terhasilnya toksik yang berbahaya kepada badan?

Secara umumnya tidak ada larangan untuk mencampurkan hidangan laut dan juga darat.

Yang dilarang ialah mencampurkan hidangan berasaskan protein (contohnya daging, telur, keju dan ikan) dengan hidangan berasaskan kanji (nasi, bijirin oat, kentang, jagung dan roti).

Hal ini kerana, bahan-bahan protein dan karbohidrat ini memerlukan enzim yang berbeza untuk dicerna. Menurut pakar nutrisi Zoe Bringley-Pullin seperti yang dilaporkan oleh The Huffington Post, percampuran dua bahan ini akan menyebabkan masalah pencernaan seperti kembung perut, cirit-birit atau sembelit.

Kesimpulannya, memang tiada larangan untuk mencampurkan makanan darat dengan makanan laut. Cuma, apabila makan berpada-pada dan sederhana sahaja. Jangan melakukan pembaziran apatah lagi makan seperti tiada hari esok.

Selamat Menyambut Ramadhan Dengan Penuh Barakah!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen