8 Perkara Yang Merugikan Seorang Muslim Ketika Di Bulan Ramadhan. Adakah Kita Tergolong Dalam Melakukan Perkara Ini?

Pada bulan Ramadhan adalah bulan dimana setiap Muslim akan berkejar-kejar merebut pahala kerana manfaat yang lebih banyak berbanding hari biasa. Malah, ada juga segelintir dikalangan kita mengambil langkah untuk memperbaiki diri bermula pada bulan Ramadhan supaya dapat beristiqomah berpanjangan.

Namun, ada juga sebahagian daripada kita hanya menahan haus dan lapar semata-mata dan tidak melakukan 8 perkara ini…

1. Tidak solat 5 waktu, apatah lagi tiada usaha untuk melakukan solat-solat sunat.

Bagi mereka, bulan Ramadhan sama juga seperti hari-hari biasa sebelumnya. Sudahlah dengan melewatkan waktu ketika 5 solat wajib, malah tiada usaha untuk melakukan solat-solat sunat juga. Tidak pernah terfikir untuk cuba melakukan solat sunat sebelum subuh, ataupun solat sunat tahajjud, solat taubat, solat hajat dan sebagainya.

Dimana usaha anda untuk melakukan solat 5 waktu dan juga solat-solat sunat?

2. Tidak pernah membuka atau membaca Al-Qur’an.

Sekiranya tiada usaha untuk melakukan solat-solat sunat, memang agak sukar juga untuk kita memegang Al-Qur’an dan membelek-belek helaiannya untuk membaca terjemahan sahaja. Cubalah sedaya upaya untuk membaca Al-Qur’an kerana Ramadhan anda akan lebih bermakna.

3. Menghabiskan waktu siang dengan tidur dan bermain game sahaja.

Amat rugi sekiranya kita berpuasa tetapi tidak melakukan ibadah kepada-Nya. Tidak solat, tidak membaca Al-Qur’an, akan tetapi leka dengan perkara-perkara lagha sahaja seperti bermain game, menonton drama mahupun menghabiskan waktu siang dengan tidur sahaja. Tidur sepanjang hari kerana merasa lesu dan penat, padahal tidak bekerja.

4. Langsung tidak bersedekah.

Amat rugi juga sekiranya kita tidak mengambil peluang untuk bersedekah ketika di bulan Ramadhan. Jika bukan dengan orang-orang asing yang tidak berkemampuan, cukuplah bersedekah dengan ahli keluarga kita dahulu.

5. Tidak rajin berdoa.

Bukan sahaja tidak berdoa usai sahaja solat, anda juga tidak pernah cuba untuk berdoa ketika menunggu waktu berbuka puasa. Ini kerana berdoa pada waktu tersebut, akan dimakbulkan oleh Allah SWT, dengan izin-Nya. Bersungguh-sungguhlah berdoa dalam apa jua waktu, masa dan keadaan. Dan jangan lupa untuk berzikir.

6. Pembaziran ketika berbuka puasa.

Perkara yang amat merugikan adalah kita dengan sengaja membazir duit membeli juadah untuk berbuka puasa. Semua makanan yang dibeli hanya kerana menurut hawa nafsu semata-mata. Kemudian, sekiranya makanan tersebut tidak habis, dibuang sisa makanan tersebut. Rugi!

7. Lepas terawih je pergi lepak dan mengumpat.

Ini hal yang sudah menjadi kebiasaan dikalangan kita. Usai sahaja solat terawih bersama keluarga, sahabat mahupun saudara, pasti ingin lepak dimana-mana untuk meluangkan masa. Berkongsi cerita, bergossip, mengumpat, jadi makcik/pakcik bawang, padahal ia adalah perkara yang merugikan, bahkan berdosa!

8. 10 Ramadhan terakhir untuk kita meningkatkan amal tetapi shopping raya tak ingat dunia.

Dan situasi yang sering terjadi pada bulan Ramadhan adalah membeli belah tidak ingat dunia. Daripada awal bulan Ramadhan sehinggalah ke punghujung Ramadhan, tidak habis-habis dengan shopping baju. Bukan itu sahaja, rumah pun nak raya.

Tidak salah untuk meriahkan suasana rumah, tetapi berpada-pada. Kita sepatutnya meningkatkan amal bukan berkejar-kejar, rumah siapa yang paling cantik raya nanti.

Selamat Berpuasa Dan Selamat Beramal!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen