Kenapa Susah Nak Kuruskan Badan Pada Bulan Puasa? Jom Ketahui Sebabnya.

Segelintir dikalangan kita beranggapan dengan mengawal makan ketika bulan puasa mampu menurunkan berat badan. Namun, apa yang terjadi adalah sebaliknya. Berat badan masih kekal atau pun berat badan masih meningkat pula.

Apa yang tak kena dengan diet pemakanan anda? Jom lihat 6 sebab ini punca anda tidak boleh kurus pada bulan puasa…

1. Gagal minum air yang mencukupi.

Anda gagal untuk minum air kosong dengan mengikut jadual yang betul. Kadang-kala anda hanya minum ketika berbuka sahaja, itupun selepas minum air manis. Untuk mengetahui pada waktu bila anda sepatutnya minum air kosong, lihat gambar rajah di bawah:

kuruskan badan di bulan puasa
Kredit: KementerianKesihatanMalaysia

2. Malas melakukan senaman.

Siapa cakap pada bulan puasa (Ramadhan) anda tidak boleh bersenam? Anda boleh melakukan senaman ringkas selepas subuh, ataupun 30 minit sebelum berbuka puasa. Memadai dengan senaman ringkas seperti:

  • Brisk walking.
  • Senaman yang boleh dilakukan dalam bilik sahaja seperti senaman perut atau pinggang atau kecilkan peha.
  • Mengangkat dumb bell.

Asalkan bersenam di tempat yang tidak panas dan tidak memudaratkan, boleh sahaja.

3. Skip sahur.

Seperti sarapan juga, sahur amat penting sebenarnya untuk anda mengawal makan ketika berbuka puasa. Sekiranya anda tidak bersahur, anda akan berasa sangat lapar, kemudian akan makan dengan kuantiti yang banyak ketika berbuka puasa. Malahan, tidak bersahur juga sebenarnya akan menjejaskan kesihatan anda seperti tiada tenaga dan kurang fokus untuk melakukan apa jua urusan di pejabat.

4. Tidur selepas sahur dan juga selepas berbuka puasa.

Sudah sedia maklum, menurut kajian kita tidak digalakkan tidur selepas sahaja menikmati juadah pada bila-bila masa. Ia sepatutnya mengambil masa sekurang-kurangnya 4 jam untuk memastikan penghadaman makanan dengan betul, supaya proses pencernaan berjalan dengan lancar.

Sekiranya anda terus tidur selepas sahur dan juga berbuka puasa ia akan menyebabkan sistem pencernaan tidak lancar dan akan menghasilkan lemak.

Amat digalakkan kita tidur pada waktu tengah hari, untuk meningkatkan daya fokus minda kita.

Tips: Selepas sahur, sekiranya ada waktu yang panjang sebelum subuh, lakukan solat sunat tahajjud dahulu, kemudian selepas subuh baca ayat-ayat Al-Qur’an pula.

5. Kerap minum air manis.

Bukan sahaja minum air manis ketika berbuka puasa, anda terlalu kerap minum air manis kerana haus apabila puasa selama 13 jam sehari. Anda minum air manis tidak kira masa, dan juga pada waktu sahur. Kawal gula anda pada bulan puasa ya sekiranya mahu menurunkan berat badan.

6. Ketika sahur makan tak ingat dunia.

Sebagai anak jati melayu, memang tidak sah kalau tak makan nasi ketika berbuka puasa. Boleh sahaja tiada salahnya jika anda mengambil nasi dengan lauk yang sihat seperti sayur dan lauk yang berkukus atau bakar.

Namun, apa yang menjadi salah apabila, sekiranya sudah niat untuk berdiet, tetapi makan nasi bertambah-tambah, kemudian lauk yang bergoreng dan banyak kalori. Ketika sahur pula seperti makan tengah hari. Tidak lupa dengan teh tarik dan juga kopi.

Macam mana nak diet?

Image result for susah nak kurus
Kredit: Maskulin

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen