Si Kecil Berpuasa, Lakukan Ini Tanda Sokongan Anda Pada Mereka.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bukan puasa ini sememangnya bulan yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam. Baik yang muda mahupun yang tua semuanya tidak ketinggalan untuk menikmati bulan yang penuh rahmat ini. Bulan ini sememangnya mempunyai kebaikan yang tersendiri. Mana tidaknya pada bulan ini adalah peluang untuk ahli keluarga berkumpul selepas sibuk seharian di luar.

Bukan itu sahaja, pada bulan ini juga mungkin rasa yang baru buat anak-anak yang kecil di mana mereka ini masih baru lagi dalam melaksanakan ibadat puasa ini. Ada yang tidak mempunyai pengalaman berpuasa tetapi apabila rakan-rakan di sekolahnya berpuasa pasti anak-anak kecil juga tidak mahu ketinggalan untuk berpuasa sama.



Jika anak anda sedang mempunyai perasaan ingin mencuba itu, anda sebagai ibu ayah jangan pula memotong keinginan mereka. Apa kata anda cuba untuk menyokong anak-anak anda agar mampu puasa penuh pada bulan Ramadhan ini.

Kadang kala tanda sokongan kita itu akan membuat anak-anak lebih bersungguh untuk melaksanakan ibadat puasa ini. Walaupun pada awalnya ia seakan terpaksa dan tidak tahu maksud sebenar berpuasa, nanti lama ke lamaan mereka akan mula faham dengan sendirinya. Tidak hanya itu sahaja, merupakan satu didikan kepada anak-anak berlatih berpuasa sejak dari kecil lagi.

Sebagai tanda sokongan kepada anak-anak, apa yang ibu ayah boleh lakukan?

1. Mula beri penjelasan mengenai puasa.

Ketika anak-anak sedang mula berjinak untuk berpuasa, pada masa yang sama ibu ayah jangan hanya menyokong sahaja. Cuba untuk memberitahu mereka apa makna sebenar berpuasa selain menahan lapar dan dahaga dengan maksud yang mudah. Perkara-perkara sebegini sebenarnya akan membuatkan anak-anak lebih cepat memahami maksud berpuasa itu.

2. Masakkan hidangan kegemaran.

Puasa adalah aktiviti untuk menahan lapar dan dahaga dari matahari terbit hingga matahari terbenam. Jadi untuk menyokong anak-anak agar mereka terus bersemangat untuk menghabiskan puasa satu hari itu dan sambung berpuasa pada keesokkan harinya, apa kata sebagai balasan anda memberikan hidangan kegemaran anak anda itu. Anak-anak biasanya akan berasa teruja menantikan saat berbuka puasa. Pasti dia akan berasa gembira apabila melihat hidangan kegemarannya berada di depan mata. Tapi jangan lupa pastikan mereka mendapat khasiat yang baik dari makanan untuk memulihkan tenaga mereka.

3. Sentiasa berkumpul.

Apa yang menyeronokkan pada bulan puasa ini adalah makan bersama-sama dalam satu keluarga dan menunaikan ibadat bersama-sama. Makan beramai-ramai ini adalah satu perkara yang menyeronokkan dan dapat mengeratkan hubungan antara ahli keluarga. Bukan itu sahaja, dahulu mak ayah kita sering kali akan ingatkan bahawa anak yang tidak berpuasa tidak akan dapat makan bersama mereka yang berpuasa. Pasti perkara ini akan menjadi semnagat untuk anak berpuasa pada keesokkan harinya.

4. Ajak untuk pergi ke bazar Ramadhan.

Perkara ini pasti anak-anak sangat suka, mana tidaknya dengan pelbagai jenis makanan akan membuatkan mereka lebih bersemangat untuk berpuasa. Sebagai ibu ayah, anda boleh mengajak anak-anak yang berpuasa penuh ke bazar Ramadhan ini dan membiarkan mereka memilih makanan apa yang mereka mahukan. Pasti ia mambantu anak-anak untuk terus bersemangat untuk berpuasa.

Sebagai orang dewasa mungkin nampak macam perkara ini agak biasa tetapi bagi anak-anak ini adalah perkara yang menyeronokkan dan membuat mereka kenal bahawa puasa itu bukan sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen