Haram Buat Wanita Memakai Seluar Ketat Di Khalayak Umum, Kalau Depan Suami Tak Mengapa.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila kita terlalu mengejar fesyen dan gaya yang terkini, kadang kala kita terlupa akan aurat-aurat yang sepatutnya dijaga, terutamanya buat kaum wanita. Tidak salah untuk bergaya, tetapi kena tahulah batas-batasnya. Jangan sampai apa yang kita pakai itu memalukan diri kita semula.

Banyak lagi gaya-gaya yang menarik, serta menutup aurat yang sesuai buat wanita Muslimah. Bahkan apabila memakai baju yang menutup aurat serta longgar ini lebih terselah kecantikan dan keayuan seseorang wanita.

Ramai yang tidak tahu akan hukum memakai seluar yang ketat dikhalayak umum, ini penjelasan dari Ustaz Farid Rashidi.



Sangat ramai perempuan pakai seluar skinny, legging atau jeans ketat, sendat, padat, melekat. Terlalu fit hingga menampak bentuk tubuh. Elok-elok tertutup, timbul habis segala bentuk lemak selulit tersembunyi.️

Ada lagi pula yang ketat hingga nampak seluar dalam. Ini lagi bahana. Boleh 'hilang ingatan' lelaki terpandang. Terbayang bawa ke mimpi ngeri, hingga mengigau. Adehla.

Baik, apa kata ulama'?



Profesor Dr. Wahbah al-Zuhaili ketika ditanya tentang hukum gadis atau perempuan memakai seluar panjang. Ia menjawab:

"Hukumnya haram kerana ia sempit (ketat) yang boleh menampakkan bentuk badan yang boleh menimbulkan fitnah."
[Lihat Kitab Fatawa Mua'sirah, m/s: 191]

Menurut Syeikh Atiyyah Saqqar berpendapat:

"Harus bagi perempuan memakai seluar panjang. Namun begitu, pemakaian seluar tersebut haruslah terhindar dari sebarang fitnah dan tidak menonjolkan dan memperlihatkan anggota badan dan punggungnya dengan rupa yang menggiurkan dan berwarna warni yang mengundang perhatian."
[Lihat Atiyyah Saqqar. 2006. Mausu'ah al-Usrah Tahta Ri'ayah al-Islam]

Janganlah begitu wahai anak gadis, para wanita, tak kira bujangke, jandake, bini orang dan cik kak sekalian. Konklusinya harus memakai seluar panjang (sebaiknya dipakai baju labuh hingga ke lutut macam blouse).


Haram dan berdosa memakai seluar panjang yang ketat membentuk tubuh di khalayak (depan suami berdua, tak mengapalah). Apalagi yang jenis koyak-koyak macam mental koyak. Lagilah dilarang ok.

Kalau pun tak takut mata lelaki memandang tajam dan berniat buruk, takutlah azab Allah SWT. Itu lagilah pedih dan menggerunkan. Takut azab Allah SWT itulah antara tanda aras iman kita.

Bantulah sama-sama share nasihat 'simple' ini agar ramai perempuan terhindar perbuatan dosa. Lalu terbiasa untuk memakai seluar longgar patuh syariat.

Boleh? Yang boleh, anda hebat sangat.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen