“Kalau Bukan Kita Yang Selamatkan Keluarga Sendiri, Siapa Lagi?!” Lelaki Ini Kongsikan Cara Untuk Selamatkan Rumah Tangga.

Tidak ramai dikalangan pasangan suami isteri mampu menyelesaikan rumah tangga secara peribadi. Sama ada melalui ahli keluarga atau pun pihak kaunselor sahaja yang dapat membantu. Kongsi saudara Mohd Fhais ini setelah membaca kisah daripada pembacanya sendiri…

Image may contain: 1 person, smiling, standing

********

Peraturan pertama : Jangan salahkan pasangan.

Berhenti membinasakan rumahtangga sendiri, lebihkan membaikpulih.

Suami isteri sudah pergi kaunseling tapi tak berjaya sebab isteri tak mahu teruskan. Tetap dia tak salahkan isteri dia.

Kaunseling tak berjaya dia sendiri pergi tambah ilmu dengan seminar, bengkel dan cari bahan bacaan hal rumahtangga.

Peraturan kedua : Jangan tunggu pasangan berubah tapi ubah diri sendiri dulu.

Itu apa yang dia buat. Kaunseling tak berjaya sebab isteri tak mahu teruskan, dia tak putus asa dia sendiri pergi timba ilmu.

Banyak cara nak timba ilmu, dari seminar, dari bengkel, dari penulisan di media sosial seperti apa yang saya buat ni dan dari artikel di laman sesawang pun ada.

Yang penting BERUSAHA !

Peraturan ketiga : Berfikiran terbuka.

Ini paling penting! Kalau masih lagi ego tinggi ilmu setinggi langit pun tak akan nampak manfaatnya. Berfikir secara terbuka, mungkin masalah keluarga berpunca dari diri sendiri.

Seperti apa yang pembaca saya nyatakan dia akui selama ni dia punca kepada pergolakan rumahtangga sendiri.

Ayat dia,

"Saya rasa mmg deely down dan akan musnah keluarga saya sendiri atas tangan saya sendiri tahun lepas"

Allahu, bila dia meseg macam ni saya jadi terharu dan gembira sebab tak semua lelaki dapat hidayah begini.

Dari awal sampai akhir memang fokus dia untuk selamatkan keluarga yang di kasihi.

Peraturan keempat : Cari inner circle positif.

Hal rumahtangga ni hal serius. Kesan dia boleh beri impak pada kedua-dua keluarga suami dan isteri. Jangan sewenang-wenangnya minta pendapat orang sebarangan.

Cari circle ( persekitaran ) seperti kawan, bahan bacaan, dan minta nasihat dengan mereka yang memberi input positif bukan negatif.

Cari circle yang memberi inspirasi, motivasi dan dorongan untuk menyelamatkan bukan membinasakan.

Nak bagi binasa senang je, tak payah buat apa-apa pun. Hanya mereka yang mampu guna jalan susah sahaja dapat menyelamatkan. Itulah ciri-ciri adiwira keluarga sebenar.

Peraturan kelima : Sabar dan tawakal.

Macam sahabat saya ni setahun juga tempoh masa dia ambil untuk perbaiki kekurangan diri dan secara tak langsung selamatkan keluarga yang di kasihi.

Bukan kerja senang tu, betul-betul saya respect dengan dia. Tekad mengatasi segala halangan.

Saya percaya bila niat kita betul nak selamatkan keluarga kita Allah sendiri akan bantu permudahkan urusan kita.

Semoga rumahtangga beliau kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Amin.

Tumpang gembira!

p/s : Mohon sebarkan kisah ini pada lebih ramai pasangan di luar sana supaya boleh jadi inspirasi pada mereka untuk lebih menghargai keluarga.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen