Wanita-Wanita Perlu Perhatian 4 Perkara Ini Selepas Berumahtangga.

Oleh: Zuzu Yasmine

Hubungan suami siteri itu bukanlah hubungan yang menyeramkan mahupun yang menakutkan bagi seorang wanita mahupun lelaki. Apa yang sering kali perlu diingatkan adalah, membina hubungan suami isteri ini bukanlah satu yang mudah. Tidak semudah membaca ABC bahkan kira semudah memasak mee segera.

Banyak orang menyatakan bahawa orang yang berkahwin ini umpama roda yang sedang berputar, sekejap bahagia, sekejap dilanda ujian dalam hubungan. Ini kerana, perkahwinan ini bukan sekadar penerimaan, taat setia mahupun sekadar berpegang teguh kepada janji-janji.



Ini kerana, perkahwinan ini menyatukan dua orang yang berbeza, dua hati, dua buah fikiran serta dua kerenah dalam hubungan yang terbina. Sebab itulah, ramai yang menyatakan bahawa sebuah perkahwinan ini berat jika diri itu tidak benar-benar bersedia.

Kadang kala kita sebagai seorang isteri ini sentiasa mahu puaskan hati sendiri dan harapkan pasangan kita juga menjadi apa yang kita mahu. Apabila terlalu mementingkan diri, maka hubungan yang terbina itu akan terasa terbeban sedikit. Apabila sudah bergelar isteri ini, anda beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan, bahkan setiap pertimbangan yang anda lakukan itu pastinya memberi kesan kepada perkahwinan kalian.

Ini 4 perkara penting yang perlu dipertimbangkan sebagai suami dalam membina rumahtangga.

1. Menghargai apa yang suami berikan dan katakan terima kasih.

Bagi sesetengah orang mungkin kelihatan agak remah, tetapi perkara ini penting untuk diperhatikan. Apa-apa yang suami berikan dan lakukan untuk anda walaupun perkara itu sekadar membasuh pinggan tidak salah untuk anda ucapkan terima kasih. Tunjuk kepadanya bahawa anda gembira dengan apa yang dirinya lakukan. SUami juga akan turut berasa gembira sekaligus membuatkan dirinya mahu melakukan perkara yang lebih lagi kerana merasakan dirinya begitu dihargai.

Jika kita meneima sesuatu dari suami, tetapi tidak mengucapkan kata-kata terima kasih, pasti suami hanya tersenyum tawar dan merasa kurang dihargai. Apabila dirinya merasakan perkara sebegini, kemungkinan dia akan mula kurang memberi kepada anda.

Mungkin anda lihat ia remeh tetapi jika tiada kebiasaan dalam melakukan perkara sebegini, ia pasti akan menggugat keharmonian serta kebahagiaan rumantangga.

2. Berikan perhatian kepada penampilan di dalam rumah bukannya di luar rumah.

Wanita sukakan kecantikan bukan? Tetapi buat mereka yang sudah berkahwin, kecantikan yang anda mahu tunjukkan itu sudah semestinya kepada suami anda. Jangan apabila hendak ke luar berjalan bukan main lagi dia punya cantik dan wangi, tetapi apabila di adalam rumah dengan rambut tak bersikat serta berkain batik itu sememangnya tidak sesuai.

Bukan menyuruh anda memakai pakaian yang cantik-cantik di rumah, tetapi cukup sekiranya anda berdandan sedikit dan mengenakan pakaian yang kemas. Barulah jika suami pulang kerja rasa tenang sahaja tidaklah kelihatan seperti kusam dan tidak bermaya.

Perkara-perkara sebegini sebenarnya akan membawa kebahagiaan buat sumai tanpa kita sedari. Suami akan merasakan isteri begitu taat kepadanya dan mengutamakan keinginannya. Suami akan merasakan bahawa isterinya selalu berusaha untuk kelihatan cantik dan menarik di hadapannya, supaya suaminya tidak mencipta sebab untuk melihat wanita di luar kerana terdapat bidadari yang sentiasa menunggunya di rumah.

3. Kenali dan memahami keperluan suami.

Bukan sekadar keperluan fizikal sahaja, tetapi kadang kala isteri perlu peka terhadap keperluan rohani suami juga. Ramai isteri yang mula cuai dengan perkara ini selepas kelahiran anak-anak ataupun kerana faktor terlalu sibuk berkerja. Jangan cuai akan perkara sebegini, mungkin bagi anda suami memahami tetapi anda juga perlu memahami keinginan suami anda. Jangan biarkan ini berlaku, kerana sudah tentu ini akan menjejaskan keharmonian keluarga pasangan.

4. Menguruskan kewangan keluarga dengan sebaiknya.

Sudah tentu, tidak ada suami yang tidak menyukainya jika isterinya baik dalam menguruskan kewangan keluarga. Bijak untuk menguruskan kewangan di sini, tidak bermakna isteri terlalu hemat, apa-apa yang dikira, makan hidangan sampingan adalah minimum, pakaian selagi mereka boleh digunakan tidak perlu membeli, tidak seperti itu. Baik dalam menguruskan kewangan dalam erti kata bahawa anda boleh menggunakan wang dengan betul dan bijak menguruskan wang. Tidak melupakan sedekah, di mana berkongsi atau sedekah adalah umpan yang tepat untuk menarik berkat.

Ini adalah beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan oleh seorang isteri dalam membina rumah tangga. Untuk tujuan perkahwinan dicapai, kerjasama antara suami dan isteri diperlukan. Cuba faham antara satu sama lain, faham antara satu sama lain, hormatilah satu sama lain, buka satu sama lain, dan kongsi kebahagiaan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen