“Dugaan Setiap Orang Itu Berbeza” Antara Dugaan Yang Perlu Kita Ketahui Supaya Boleh Muhasabah Diri.

Allah SWT itu Maha Adil!

Ketahuilah kita, setiap insan menjalani ujian dan dugaan yang berbeza. Kadang-kala kita melihat insan tersebut dilahirkan senang, mempunyai harta, tempat perteduhan yang selesa, namun apa yang kita tidak tahu semuanya itu adalah dugaan dan ujian dari-Nya.

Ketika melihat orang yang tidak berkemampuan, ia juga adalah ujian dari-Nya yang tidak kita ketahui.

Namun, apa jua dugaan, ia adalah ujian untuk diri kita seupaya dapat bermuhasabah diri dan tidak meninggi diri.

Ketahui beberapa dugaan dalam apa jua situasi…

1. Orang kaya dugaannya untuk tidak menjadi riak.

Dikala diberikan harta dan duit yang banyak, Allah menduga hatinya untuk tidak menjadi seorang yang riak, malah untuk sentiasa beringat bahawa harta itu semua adalah pinjaman semata-mata dari-Nya.

2. Orang miskin dugaannya untuk mencari rezeki yang halal.

Dikala kita tidak punya harta, apatah lagi pekerjaan untuk menampung kehidupan, Allah menduga hati kita untuk mencari rezeki yang halal dan tidak terjebak dengan mana-mana kerja yang boleh memudaratkan diri.

3. Orang berpelajaran dugaannya untuk tidak menjadi sombong.

Dikala kita mempunyai pelajaran yang tinggi, Allah menduga kita untuk tidak menjadi sombong dengan tahap pelajaran yang kita ada. Oleh kerana itu, ada yang menyatakan ‘Ada pelajaran, tapi tidak berperikemanusiaan’.

4. Orang kurang berpelajaran dugaannya untuk tidak malas mencari ilmu.

Dikala kita mengejar dean list, Allah menduga kita untuk mencari ilmu yang berkat. Sebenarnya bukan pada pointer semata-mata, tetapi keikhlasan dalam menimba ilmu supaya tidak meninggi diri.

5. Orang yang bergaji tinggi dugaannya mempunyai komitmen yang tinggi.

Dikala kita dikurniakan kerja yang bagus, gaji yang tinggi, Allah menduga kita dengan komitmen yang tinggi, anak-anak yang ramai, tanggungan yang semakin banyak. Allah mahu melihat sejauh mana kita boleh menjaga amanah Allah ini.

6. Orang yang bergaji rendah dugaannya untuk mengukur baju pada badan sendiri.

Dikala kita bergaji rendah, Allah menduga kita menjadi seorang yang bersyukur dengan apa yang ada. Walaupun kecil, ia tetap rezeki Allah. Allah mahu menduga kita supaya tidak merungut.

7. Orang yang alim (tinggi ilmu agamanya) mempunyai dugaan untuk berdakwah.

Dikala kita diberi gelaran sebagai ahli agamawan, kita di duga untuk berdakwah pada orang yang ramai. Tidak boleh prejudis pada golongan yang dianggap 'Sampah Masyarakat' apatah lagi hanya selesa dengan gelaran ahli agamawan. Sebab itu pada masa kini, ramai yang kita dengar menjadi Penunggang Agama.

8. Orang yang kurang ilmu agamanya mempunyai dugaan untuk menetapkan aqidah.

Dikala kita kurangnya ada ilmu agama, kita di duga untuk menetapkan aqidah. Untuk percaya bahawa Allah SWT itu ada. Pada saat ini, kita mempunyai pelbagai ujian untuk Istiqamah dalam penghijrahan.

9. Orang yang menutup aurat dugaannya adalah untuk mengawal sikapnya sendiri.

Dikala kita dapat menutup aurat dengan sempurna, Allah menduga pula hati kita untuk mengawal sikap diri sendiri. Sebab itu ramai dikalangan kita dapat menutup aurat, tetapi mulut lancang pula. Masya Allah.

10. Orang yang tidak menutup aurat dugaannya untuk tidak mensyirikkan Allah SWT.

Dikala kita sukar untuk menutup aurat dengan sempurna, Allah menduga kita supaya kita tidak mensyirikkan Dia. Sebab itu ramai yang tidak menutup aurat, tetapi dalam hati berbicara..

“Takpe tak tutup aurat, asalkan solat 5 waktu..”

“Bukan macam dia, pakai tudung labuh tapi sikap buruk…”

Apa yang ada dalam Al-Qur’an perlu kita turuti. Jangan saling menuding jari.

Dalam Bulan Ramadhan Ini, Sama-Sama Kita Muhasabah Diri! Adil Itu Bermaksud Kita Redha!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen