Pasangan Suami Isteri Perlu Saling Romantik Melalui 2 Cara Ini, Bukan Tunggu Siapa Yang Patut Mula Romantik.

Apabila sudah berkahwin dan melepasi fasa bulan madu, pasangan suami isteri akan merasakan kurangnya semarak api cinta dalam diri. Ini kerana masing-masing sibuk menguruskan kerja seharian demi mencari rezeki untuk keluarga dan anak-anak. Sehingga terlupa untuk menjaga hati pasangan, malahan sudah kurang rasa romantik tersebut.

Oleh kerana itu ramai pasangan merasakan setelah berkahwin pasangan mula berubah sikap dan sebagainya.

Dan ia boleh menjadi pergaduhan kerana sering menuding jari pada sebelah pihak sahaja untuk memulakan adegan romantik, namun tidak dimulakan dengan diri sendiri dahulu.

Jadi suami isteri perlu tahu untuk…

ROMANTIK MELALUI PERBUATAN.

1. Berpegang tangan.

Nampak seperti mudah, namun jarang dilakukan.

Berpegangan tangan lah tidak kira masa dan tempat. Memimpin tangan ketika melintas jalan, berpegang tangan ketika berjalan bersama-sama seolah-olah seperti di awal perkahwinan. Malah kelihatan macam baru bercinta.

2. Bersalaman.

Para suami dan isteri jangan pandang remeh dengan bersalaman. Jangan menolak untuk bersalaman juga, dan jangan ambil ringan. Sentuhan ketika bersalaman dapat menyentuh jiwa masing-masing kerana kita bersalaman dengan niat untuk melepaskan pasangan pergi. Mana tahu ia adalah salam yang terakhir.

3. Cium pipi.

Cium pipi sering dilakukan oleh golongan wanita sahaja. Tidak salah selepas sahaja bersalaman, suami isteri mencium pipi masing-masing.

4. Berpelukan.

Sudah lama berkahwin pun, para suami isteri jangan lupa untuk berpelukan. Menurut Dr Zubaidi pelukan suami isteri mampu untuk mengurangkan stress masing-masing, malah dapat membuang aura negatif di dalam badan. Katanya lagi, pelukan ini melibatkan hubungan emosi, kalau marah pun boleh sejuk.


Kredit: WarnaFoto

ROMANTIK MELALUI PERCAKAPAN.

1. Kata-kata cinta.

Romantik melalui percakapan, tidak ramai dikalangan suami isteri mampu lakukan apabila sudah lama berkahwin. Ini kerana mereka menganggap ia amat menjengkelkan.

Ucap sahaja I Love You, nanti tengoklah perubahan mood pasangan. Satu hari tersenyum, nak buat kerja pun semangat.

2. Kata-kata pujian.

Tidak semestinya hanya dengan ungkapan I Love You menandakan anda seorang yang romantik, sentiasa memberi kata-kata pujian dan semangat juga boleh jadi romantik. Selain daripada ungkapan terima kasih, puji la pasangan anda seperti ‘cantik’ ‘kacak’ ‘comel’ ‘segak’ dan sebagainya. Hanya satu ayat ia mampu mengubah hidup suami isteri.


Kredit: HelloWorld

3. Kata-kata mengimbau kenangan.

Selain daripada kata-kata cinta dan pujian, suami isteri juga digalakkan untuk mengimbau kenangan masa lalu. Imbau kenangan bila kali pertama bertemu, pakaian yang digayakan, makanan yang dijamah, kenderaan yang dinaiki dan sebagainya. Sambil duduk berdua, dan mengimbau kenangan masa lalu juga boleh mencipta momen romantik.

Tapi janganlah mengimbau kenangan bersama bekas kekasih pula, ada yang dingin nanti.

Tak perlu tunggu suami yang kena romantik dulu, isteri perlu hargai dulu, tapi mulakan dari diri sendiri kerana ia akan mendorong pasangan anda untuk menjadi seorang romantik juga.

Selamat Mencuba Dan Selamat Beramal!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen