Untuk bulan Ramadan yang telah tiba ini, pasti ramai yang telah mempersiapkan diri untuk menyambut kedatangannya malah ingin menghayati Ramadan kali ini dengan lebih baik berbanding sebelumnya.
Satu perkongsian dari Ustazah Norhafizah yang turut dikongsi oleh Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah tentang cara terbaik untuk menyambut Ramadan ini sesuai untuk kita hayati dan cuba bersama. Mungkin akan ada yang pernah membaca perkongsian ini, tetapi tidak salah jika kita kembali membaca untuk persiapan diri dan keluarga sebelum melangkah di bulan Ramadan.
Kerana bulan Ramadan ini adalah bulan yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam, semoga kita seisi keluarga mampu melakukan ibadah puasa pada tahun ini dengan lebih baik lagi berbanding tahun sebelumnya.
Jom kita baca perkongsian ini.
-------------------------------------------------------------------------------
CARA SAMBUT RAMADAN
Just sharing....
Dari ustazah Norhafizah di IKIM...
1. Bila Ramadhan tiba sambutlah dengan sujud syukur...tanda terima kasih pada Allah kerana memilih kita untuk terus beribadah dibulan yang mulia ini...
2. Bila bertemu dengan ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai atau sesiapa sahaja ucapkanlah "Ramadhan Kareem" dan orang yang mendengar menjawab "Allahu Akram"...
Maksudnya "Ramadhan Mulia"dan jawapannya " Allah lebih Mulia"...
3. Sambutlah Ramadhan ini dengan wajah yang berseri-seri tanda kegembiraan yang tidak terhingga dan berazam untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan selalu berbicara dengan Allah walau dalam hati..
Contohnya...Ya Allah aku berpuasa Ya Allah...terimalah puasaku ini...aku berpuasa hanya untukMu Ya Allah...
4. Hiaslah rumah kita sebaik-baiknya dengan bersih dan cantik kerana terlalu banyak rahmat yang Allah hendak berikan di bulan yang mulia ini..
Moga Ramadhan ini lebih baik dari Ramadhan yang telah lalu...hiasilah diri dengan amalan dan taqwa...
Ramadhan Kareem untuk sahabat semua.
Maaf Zahir Batin.
Tinggalkan Komen