Pengambilan Vitamin C, Dos Rendah Atau Dos Tinggi Lebih Baik Untuk Tubuh Badan?

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila cakap mengenai pengambilan vitamin C ini, pasti ramai yang akan mula bercakap mengenai kebaikan vitamin ini. Ada yang cakap bagus untuk kulit, bagus untuk tubuh badan sehinggakan ada yang berpendapat ia sesuai menyembuhkan penyakit. Haa, jangan silap. Kalau sakit anda perlu berjumpa doktor untuk dapatkan rawatan bukan makan vitamin C ye!

Berbalik kepada vitamin C, ramai yang hanya tahu makan sahaja tanpa memperdulikan berapa banyak yang tubuh badan perlukan. Ada yang orang kata 1000mg itu bagus maka dia ambil yang itu, ada yang kata 500mg itu bagus maka dia ambil pulak yang itu. Semuanya hanya dengar orang kata tanpa mendapatkan nasihat dari pakar.



Nak tahu dos mana yang lebih baik? Yang tinggi ke yang rendah lebih bagus? Mari kita dengar penjelasan Pegawai Farmasi Dziehan Mustapa ini.

Vitamin C dos rendah atau dos tinggi lebih baik?

Hmmmm mari kita rungkai isu ini :

Tahukah anda pengambilan vitamin c secara oral dengan dos yang tinggi tidak memberi manfaat tambahan kerana kadar resapan oleh tubuh adalah tepu sekitar 400mg. Kadar resapan tubuh vitamin c berkurangan dengan bertambahnya dos yang diambil secara oral.

Sebenarnya dos sebanyak 200mg sudah mencukupi. Saranan Pengambilan Nutrients-Malaysia (RNI) dalam kalangan individu dewasa untuk vitamin c adalah 70mg/sehari sahaja.

Keperluan sebanyak ini (200mg) boleh diperolehi melalui sumber sayur-sayuran dan buah-buahan. [Saranan 5 hidangan(serving) sayur-sayuran dan buah-buahan dalam sehari boleh mencapai keperluan ini (3 sajian sayur + 2 sajian buah)].

Serapan tubuh jika vitamin c diambil secara oral adalah sekitar 69%. Manakala dos ~1000mg sehari pula adalah tinggi dan boleh menyebabkan seseorang itu alami kesan adverse atau kesan sampingan.

Maka ambil dos vitamin c mengikut dos yang telah disarankan. Ambil dos tinggi atau lebih pun tiada guna nya kerana ia tidak/kurang diserap oleh tubuh dan dibuang sahaja ke dalam urine (air kencing) anda. 100-200mg sehari (diambil secara pecahan dos) sudah mencukupi.

Pegawai Farmasi Anda
Mohd Dziehan Mustapa
Medical Mythbusters Malaysia (M3)

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen