5 Fakta Tentang Anak Menantu Perempuan Yang Ibu Mertua Sering Salah Faham.

“Terlalu takut dengan anak menantu perempuan akan menjadi perampas kebahagiaan..”

Terlalu banyak stigma masyarakat tentang anak menantu perempuan. Di dalam hubungan antara ibu bapa mertua bersama anak menantunya, golongan wanita yang menjadi isu paling hangat berbanding dengan anak menantu lelaki. Semua ini seolah-olah telah menjadi adat resam melayu yang tidak boleh diubahkan lagi.

Mind set sebegini perlu diubah supaya hubungan antara keluarga mertua dengan anak menantu bahagia dan harmoni. Jika ia tidak dimulakan sampai ke generasi baru, stigma sebegini tidak akan luput.

APA YANG IBU ATAU BAPA MERTUA PERLU TAHU TENTANG ANAK MENANTUNYA, TERUTAMANYA GOLONGAN PEREMPUAN?

1. Ibu bapa mertua perlu ingat, anak menantu perempuan BUKAN PESAING.

Hati sering berasa resah dan tidak senang duduk kerana mind set yang sangat negatif. Mind set mengatakan anak menantu perempuan adalah pesaing kepada diri mereka. Pesaing dimana untuk mendapatkan kasih sayang daripada anak lelaki mereka. Takut sangat kasih sayang anak lelaki semakin pudar.

Terjadinya andaian sebegini kerana sukar untuk menerima anak menantu perempuan sebagai ahli keluarga. Mungkin juga anak menantu perempuan bukan pilihan mereka.

2. Anak menantu perempuan BUKAN PERAMPAS anak lelaki daripada ibunya.

Jika sukar untuk menerima anak menantu perempuan sebagai ahli keluarga secara tidak langsung akan beranggapan mereka adalah perampas. Ibu mertua yang sering menganggap sebegini kerana takut kasih sayang anak lelaki akan beralih arah.

Sangkaan sebegini lah yang akan membuat hati menjadi mudah berbolak-balik kerana dihasut oleh syaitan.

Anak menantu perempuan bukan perampas. Ia adalah jodoh anak lelaki anda.

3. Anak menantu perempuan BUKAN PENGIKIS DUIT SUAMI, tapi dia memang berhak ke atas duit suami.

Andaian para ibu mertua yang tidak betul adalah dengan menganggap anak menantu perempuannya mengikis semua duit anak lelakinya sehingga tiada belanja untuk dirinya dan ahli keluarga. Ibu mertua perlu tahu turutan nafkah sang suami iaitu..

  1. Diri sendiri.
  2. Isteri.
  3. Anak-anak.
  4. Bapa.
  5. Ibu.
  6. Cucu.
  7. Datuk.
  8. Saudara
  9. Dan ahli-ahli keluarga berikutnya.

Turutan ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang menegaskan;

“Mulailah dengan diri kamu, bersedekahlah kepada diri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk isteri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk ahli keluarga kamu. Jika ada lebihan lagi, maka untuk begini dan begini; yakni untuk orang di hadapan kamu, di kanan dan kiri kamu” (Riwayat Imam Muslim dan an-Nasai dari Jabir r.a.. al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 46).

Berkata Imam an-Nawawi mengulas hadis ini; di antara kesimpulan dari hadis ini ialah; hendaklah pemberian nafkah dimulakan mengikut tertib yang tersebut (dalam hadis). (Syarah Soheh Muslim, juz 7, Kitab az-Zakah, bab al-Ibtida’ Fi an-Nafaqah Bin-Nafsi Tsumma Ahlihi Tsumma al-Qarabah).

BACA: Nafkah Isteri Atau Ibu Bapa, Mana Yang Perlu Didahulukan?

BACA: Isteri Bukan Tak Bagi Bantu Ibu Bapa, Tapi Tahu Dahulu Aturan Nafkah.

4. Anak menantu perempuan mahu duduk asing BUKAN SEBAB ATAS DASAR MEMENTINGKAN DIRI.

Anak menantu perempuan bukannya tidak mahu tinggal bersama dengan keluarga mertuanya, akan tetapi mahu menjaga privasinya seperti terutamanya aurat. Malahan, anak menantu perempuan bukannya seorang yang mementingkan diri sendiri sehingga ibu mertua menganggap sebagai perampas anak lelakinya.

Akan tetapi, duduk asing daripada keluarga mertua adalah untuk mengelakkan tiada hati yang akan tersakiti. Duduk dengan suami setiap hari pun boleh lidah tergigit, inikan pula duduk dengan mertua. Boleh jadi makan hati rasanya.

5. Anak menantu perempuan mahu mendidik anak-anak dengan cara sendiri, BUKAN SEBAB RASA DIRI MEREKA BAGUS.

Anak menantu perempuan ada hak untuk membentuk dan mendidik anak-anak mereka sendiri. Berkemungkinan ibu mertua akan merasakan anak menantunya seolah-olah tidak mahu mendengar nasihat, akan tetapi gaya parenting masa kini agak berbeza dengan parenting masa dulu.

Ilmu kekeluargaan dan keibubapaan/parenting masa kini semakin meluas dan sesuai dengan masa kini.

Malah, jangan pula mahu berebut meletak nama pada cucu-cucu. Dan jangan disebabkan isu nama ini, berlakunya pergaduhan antara ibu bapa mertua dengan anak menantu.

Selain daripada itu, ibu bapa mertua perlu juga tahu bahawa…

  • Anak menantu perempuan tidak mahu hala tuju rumah tangganya dicampuri oleh orang luar.
  • Anak menantu perempuan mahu kerta atau pun tidak, ia atas kemahuan dan perancangan bersama suaminya.
  • Anak menantu perempuan masih ada hak untuk menjaga kedua ibu bapanya sendiri.

Apa yang penting, terimalah kehadiran anak menantu dengan hati yang terbuka dan berlapang dada kerana ia adalah pilihan anak anda sendiri juga. Jangan menidakkan jodoh anak-anak dan tidak dapat menerima hakikat. Jadilah contoh yang baik untuk anak-anak dan juga cucu anda juga.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen