Jangan Bersikap Sombong Dengan Ipar Duai, Kerana Secara Tidak Sedar Hubungan Anda Dan Suami Berisiko Untuk Berdepan Masalah Di Kemudian Hari.

Oleh: Zuzu Yasmine

Alam pekhawinan ini bukan hanya tertumpu kepada hubungan diantara suami isteri sahaja. Tetapi terdapat banyak cabang dalam hubungan ini dan setiap cabang itu mampu menjadi ujian dan cabaran kepada anda yang berumahtangga.

Seperti yang kita tahu bahawa, dalam perkahwinan, terdapat mertua dan ipar duai. Di mana jika anda tidak mampu menjalinkan hubungan baik diantara keduanya, boleh jadi ia akan memberi kesan terhadap hubungan anda suami isteri. Jangan memandang remeh terhadap hubungan iapr duai ini, terutama jika anda masih baru berkahwin.

Cuba untuk lakukan sesuatu agar anda dan mereka ini mempunyai hubungan yang baik antara satu sama lain. Jangan sesekali pentingkan diri dan bersikap sombong kerana secara tidak sedar hubungan anda dan suami berisiko untuk berdepan masalah di kemudian hari



1. Ketahui perkara yang disukai

Cuba selidik perkara yang disukai oleh ipar duai dan pada masa sama pelajari juga perkara yang boleh menyinggung perasaan mereka. Melalui cara ini anda dapat mengelak daripada melakukan perkara yang tidak disukai oleh adik beradik suami.

2. Waktu bersama

Habiskan waktu bersama dan pilih aktiviti yang disukai sama ada berkaitan dunia masakan, hiasan, pakaian, kecantikan mahupun senaman. Pasti ada satu perkara yang boleh anda lakukan bersama mereka. Jika mereka suka aktiviti kecergasan, sertailah mana-mana acara larian ceria yang banyak dianjurkan kini. Jika tidak, anda boleh merancang untuk keluar makan dan menonton wayang bersama-sama.

3. Beri hadiah

Hadiah yang diberikan tidak perlulah terlalu mewah kerana paling utama adalah ikhlas. Beri hadiah kecil yang menunjukkan rasa perhatian dan mesra terutama pada ulang tahun hari kelahiran atau apabila anda pergi bercuti. Melalui cara itu, mereka akan berasa lebih disayangi dan berasa diri dihargai.

4. Tanya pendapat

Jangan segan untuk bertanya pendapat termasuklah tip rumah tangga atau didikan anak-anak kepada ipar duai. Mungkin mereka dapat membantu berkongsi pandangan yang berguna.

5. Beri bantuan ikut kemampuan

Tawarkan bantuan ketika mereka sedang mengalami masalah. Bantuan itu bukan hanya dalam bentuk kewangan namun ia juga boleh diberikan dalam bentuk nasihat atau pandangan.

6. Jangan jadi kaki sibuk

Ini paling penting. Sebagai ipar, jangan sesekali mencampuri urusan rumah tangga ipar duai walaupun kes terbentang di depan mata anda. Jangan juga mencuba untuk memberi nasihat walaupun melalui orang tengah jika tidak diminta kerana ia mungkin boleh memburukkan keadaan. Langkah terbaik ialah hindarkan diri daripada masalah.

7. Berhati-hati

Berhati-hati bukanlah bermaksud langsung tidak boleh mempercayai tetapi dalam apa juga perkara perlu ada batasnya terutama sekiranya ia membabitkan soal peribadi suami isteri. Jaga rahsia keluarga anda sebaiknya khususnya yang membabitkan soal maruah. Menjaga hubungan yang baik dengan ipar sangat penting kerana mereka juga adalah sebahagian daripada kehidupan anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen