Tidak Tahu Macam Mana Nak Mula Berniaga? Ikuti 5 Tips Ini.

Ramai dikalangan kita mahu membuat perniagaan sendiri kerana katanya lebih mudah dan tidak perlu ikut kata majikan. Namun, ia semuanya hanya dipertengahan jalan. Perniagaan yang dimulakan, di akhiri dengan tiada keuntungan.

Tidak ramai yang mampu untuk meneruskan perniagaan kerana mudah berputus asa dan takutkan persaingan. Pada mereka yang benar-benar mahu berniaga, ikuti 5 tips ini…

1. Mulakan dengan niat yang betul.

Apa jua perkara yang kita lakukan, perlu dimulakan dengan niat yang betul terutamanya dalam melakukan suatu pekerjaan. Ini kerana melalui pekerjaan tersebut kita mendapat punca rezeki dan dapat menampung kehidupan dalam jangka masa yang pendek atau panjang.

Apakah niat untuk kita berniaga?

Untuk kaya dengan cepat?

Hanya suka-suka sebab menjadi trend terkini?

Sebab nak cari rezeki?

Sebab nak bantu keluarga?

Namun, semuanya perlu berlandaskan syariat. Barulah barakah perniagaan tersebut.

2. Tulis di atas kertas perancangan strategi dan penjanaan idea.

Setiap perancangan yang kita mahu lakukan, kita seharusnya membuat strategi. Bukannya harungi dengan sebegitu sahaja tanpa perancangan.

Sebagai contoh nak berniaga nasi lemak…

  • Strategi nak jual kat mana?
  • Strategi berapa ramai pelanggan target untuk satu hari?
  • Strategi duit modal, duit keuntungan, duit rolling dan sebagainya.
  • Strategi nak jual nasi lemak dengan pelbagai lauk.
  • Strategi persaingan kerana memang ramai yang jual nasi lemak pada masa kini.

3. Mulakan perniagaan secara kecil-kecilan dahulu.

Baru berjinak-jinak untuk berniaga sudah ada perancangan yang besar. Bagus tetapi berpada-pada dalam mengeluarkan duit modal. Oleh kerana itu perlu ada strategi dalam berniaga supaya tidak rugi besar. Tahu dulu keadaan tempat menjual dan dengan siapa yang anda bersaing.

4. Memilih produk lebih mudah dijual.

Mahu memulakan perniagaan memang sukar sekiranya tidak tahu produk apa yang mahu dijual. Tidak mahu menjual seperti orang lain, kerana ia sudah menjadi kebiasaan. Takut tak ada orang nak beli, sebab dah ramai jual benda yang sama. Sekiranya ini pemikiran anda, sampai bila-bila anda tidak boleh bergerak dan hanya berada di takuk yang sama sahaja.

Jika minat berniaga, dahulukan produk yang mudah dijual seperti makanan, baju atau tudung.

Bina nama dahulu supaya ramai yang kenal. Bila dah ramai yang kenal dan mengetahui perkhidmatan anda sebenarnya lebih bagus daripada orang lain, mula untuk berniaga produk lain pula.

Anda perlu tahu, setiap individu mahukan servis atau layanan yang berbeza daripada penjual tersebut. Ada yang suka cara lembut, ada yang mahu direct to the point, ada yang suka berkongsi masalah atau cerita berjela-jela.

Mana tau servis atau layanan anda sebenarnya untuk orang-orang tertentu, tiada siapa yang tahu kan?

5. Mulakan berniaga ikut kepakaran dimiliki.

Untuk memulakan perniagaan, bukan sahaja kena ada minat tetapi berdiri di atas bakat sendiri. Jangan tiru perniagaan orang lain hanya semata-mata dia jual produk tu laku. Cuba cari apa yang anda berbakat seperti…

  • Memasak.
  • Menjahit.
  • Melukis. (Kalau boleh lukis gambar kartun, anda boleh jual sebagai buku mewarna)
  • Menulis (Boleh jual buku).
  • Mengajar (Boleh jadi cikgu/tutor/pensyarah. Bonus sekiranya anda minat mengajar dan menulis).
  • Bertukang (Jual barang yang anda boleh bina seperti meja/kerusi).
  • Berkebun (Sebagai contoh jual cili).

Selamat Mencuba!

Artikel Lain

Tinggalkan Komen