Lelaki Ini Kongsikan 2 Cara Nak Beli Rumah, Dalam Jangka Masa Yang Pendek Atau Panjang.

Ramai dikalangan takut dengan proses untuk membeli rumah kerana menyangka ia amat merumitkan. Sebenarnya, ia menjadi bertambah rumit sekiranya tiada simpanan mahupun matlamat. Nak beli rumah, tapi tiada inisiatif untuk mengumpul duit sejak dari usia muda lagi.

Namun, saudara Harith Faisal ini berkongsi cara untuk membeli rumah, dengan menyimpan duit mengikut kemampuan masing-masing. Nak simpan dalam masa yang panjang ataupun pendek., tapi hasil tetap sama…

Image may contain: 1 person, suit

********

Saya nak share dua cara nak beli rumah. Sama ada kau nak cepat atau lambat. Hasilnya tetap sama. Kau tetap akan dapat rumah pertama. Tengok kepada tahap struggle kau.

CARA PERTAMA.

Simpan 10% gaji dan beli rumah selepas 10 tahun. Kalau gaji kau RM3,000 simpan RM300 sebulan, kau akan dapat simpanan RM300 x 120 = RM36,000 selepas 10 tahun.

Rumah yang sekarang dijual pada harga cuma RM200,000 selepas 10 tahun akan jadi RM325,000. Cuba kira, harganya naik sebanyak RM125,000 tau. Banyak tu.

Nak beli rumah sebaiknya kena ada 15% daripada harga rumah sebagai modal. Jadi, kalau rumah harga RM325,000 kau kena ada RM325,000 x 15% = RM48,750 ya.

Maksudnya kau tetap kena simpan lagi 10% tu sampai cukup RM48,750. Malangnya bila cukup amaun tu, harga rumah pasti bukan lagi RM325,000. Aduh!

CARA KEDUA.

Simpan 50% gaji dan beli rumah selepas 2 tahun. Kalau gaji RM3,000 simpan RM1,500 sebulan, kau akan dapat simpanan RM1,500 x 24 = RM36,000 selepas 2 tahun.

Rumah yang sekarang harga RM200,000 selepas 2 tahun dah jadi RM220,000 harganya. Naik RM220,000 - RM200,000 = RM20,000 saja. Okaylah.

Modal 15% untuk RM200,000 adalah RM33,000 dan yang bestnya kau dah ada RM36,000. Dah lebih daripada cukuplah tu. Boleh terus beli rumah dengan senang hati.

Nampak?

Apa yang kau perlu buat, simpan sebanyak mungkin gaji supaya cepat-cepat dapat capai simpanan yang cukup untuk beli rumah dengan ilmu dan tak perlu tunggu 10 tahun.

Tapi, apa-apa pun ikutlah level kesanggupan kau. Nak simpan 10% saja pun ok. Semestinya kalau kau dapat simpan 10% gaji adalah lebih baik daripada tak buat apa-apa simpanan.

Yang tak nak berkorban, tak nak simpan duit langsung tu, bolehlah terus menyewa walau sebenarnya kau boleh buat bagi jadi. Jangan risau, tak dosa pun menyewa. - HF

Nota:

1. Purata kenaikan harga rumah setahun 5%.

2. Tiada kenaikan gaji untuk mudah kira.

3. Makin banyak simpan, makin cepat beli rumah.

4. Belajar cara beli rumah dengan modal rendah.

#harithfaisal

********

Semoga Bermanfaat Dan Dipermudahkan Untuk Membeli Rumah!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen