Ibu Ini Kongsi Cara Seorang Ahli Falsafah Islam Mendidik Dan Menegur Anak-Anak.

Oleh: Zuzu Yasmine

Anak yang lahir itu memang mempunyai pelbagai sikap dan kerenahnya. Ada yang menyenangkan hati bahkan ada juga yang menguji kesabaran. Anda perlu ingat, mereka ini masih anak-anak dan didikan serta teguran yang bijak perlu anda berikan kepada mereka.

Mungkin bagi ibu bapa merasakan bahawa anak-anak itu adalah darah daging mereka, maka didikan yang mereka mahu beri itu adalah mengikut kemahuan ibu bapa, tetapi jangan silap. Dalam mendidik dan menegur kesalahan yang dilakukan oleh anak-anak ada adabnya.



Ibu ini, Puan Fadzielah Ayub berkongsi cara seorang ahli falsafah Islam dalam pendidikan awal kanak-kanak yang terkenal adalah Al-Ghazali atau dikenali sebagai imam Ghazali.



Jom ikutinya.

Bila anak melakukan perbuatan kesalahan, apa yang kita perlu buat? Kalau di tempat orang ramai, bolehkah kita terus marah atau memukul anak?

Salah seorang ahli falsafah islam dalam pendidikan awal kanak-kanak yang terkenal adalah Al-Ghazali atau dikenali sebagai imam Ghazali.

Ilah nak share antara nasihat beliau adalah melarang ibu bapa daripada mendenda kanak-kanak secara keterlaluan dan cemuhan terhadap kanak-kanak dikurangkan. Jangan timbulkan keburukkannya, sebaliknya perelokkan fitrah dan bentuk naluri mereka dengan baik.

Al-Ghazali juga mementingkan unsur ganjaran kepada kanak-kanak. Apabila kanak-kanak tunjukkan akhlak atau perlakuan baik, mereka harus diberikan ganjaran yang dapat gembirakan hati mereka. Ganjaran ini dalam banyak bentuk termasuk pujian. Anak kita nak tolong lipat baju, puji dan ucap terima kasih dekat anak. Anak behave dalam kereta masa balik kampung, berhenti stesen minyak sekejap belikan roti coklat untuk anak. Anak gembira.

Tetapi kalau kanak-kanak tersilap melakukan salah, orang dewasa hendaklah berpura-pura tidak nampak akan kesalahan itu dan tidak sesekali memalukan kanak-kanak itu dengan memberitahu orang lain. Contohnya, kalau guru nampak anak murid buat salah, tak perlu sound atau tegur dengan menjerit satu kelas boleh dengar. Tindakan ini boleh memalukan kanak-kanak itu. Sama juga kita sebagai ibu bapa, jangan tegur anak depan khalayak orang ramai.

Namun, sekiranya ia mengulangi perbuatan yang salah, kanak-kanak itu hendaklah ditegur secara tersembunyi dan beritahu perkara itu tidak patut dilakukan. Sebagai orang dewasa, kita perlu mengingatkan kanak-kanak supaya tidak ulang perkara tersebut.

Sebagai ibu bapa, pendekatan yang terbaik untuk menegur anak adalah bawa anak ke tempat yang tenang dan tidak ramai orang. Tenangkan anak dan nasihati anak sejurus mereka melakukan kesalahan. Cuba bayangkan apa perasaan abang atau kakak jika ditegur terus depan adik-adiknya? Begitulah rasanya apabila kita ditegur dan rasa dimalukan depan orang ramai. 😊

Peringatan untuk ummi Zayd. Semoga bermanfaat kepada semua.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen