“Nak Reward Diri, Tapi Jangan Sampai Makan Diri…” Rewardlah Diri Anda Dengan 10 Perkara Bernilai Ini.

Penat bekerja sebulan, pasti mahu reward diri sendiri sama ada dengan makanan yang mahal mahupun barang yang tidak mendatangkan keuntungan. Antara barang yang dianggap tiada keuntungan dan pembaziran adalah:

  • Handbag.
  • Telefon bimbit.
  • Baju berjenama.
  • Kasut berjenama.
  • Jam dan sebagainya….

Padahal dari duit pendapatan tersebut, boleh disimpan untuk membeli asset terdahulu kerana ia adalah keperluan dan akan mendatangkan keuntungan pada jangka masa yang panjang. Jadi, jangan reward diri sendiri sehingga makan diri seperti perkongsian dari saudara Azizul Azli Ahmad ini..

********

Image may contain: text and food

REWARD DIRI LAH DULU!

"Kereta nie aku beli sebab reward diri sebab berjaya habis belajar walau cukup cukup makan. Janji konvo bro" cerita Ustaz Madi pada Pak Abu .

"Tiap bulan aku beli satu handbag sebagai reward diri, letih gila kerja nie. Kita kena hargai diri kita sendiri. Barulah bahagia". cerita Suraya sambil betulkan tudung.

Ramai orang guna istilah ini untuk hargai diri, mari kita belajar reward diri yang lebih bernilai, cadangan saya reward lah dengan :

1. Daftar haji bila mula kerja, modal cuma RM1300 sahaja.

2. Belilah emas sebagai simpanan pertama mula kerja.

3. Lindungi diri dengan Takaful Hayat, jika kita meninggal atau hilang upaya anak isteri terjaga.

4. Buat simpanan hingga ada 6 bulan gaji.

5. Mengembara dan jalan jalan lihat tempat orang lain.

6. Belilah kasut sukan baru agar bersemangat untuk sihat.

7. Beli buku yang kita dah lama nak beli tapi tak mampu.

8. Hadir seminar untuk bijakkan diri.

9. Buat simpanan dan belilah sebuah rumah kecil sebelum 5 tahun usia kerja.

10. Buat kebaikkan dengan bantu orang miskin dan susah yang memerlukan, modal kita tenaga dan belanja mereka.

Reward diri dengan benda yang ada nilai tambah, bukan kurangkan harta kita kawan.

Berhentilah menarik perhatian orang lain, terutama orang yang membenci kita.

Kerana kamu tidak perlu menunjukkan apapun kepada orang yang mencintaimu dengan tulus ikhlas.

Jika ada cadangan, saya sangat raikan.

********

Semoga Bermanfaat Dan Berpada-Pada Ketika Reward Pada Diri Sendiri!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen