Ini Realiti! 8 Kesan Teknologi Yang Menjauhkan Hubungan Ibu Bapa Dan Anak-Anak.

Pada masa kini, semuanya berlandaskan teknologi yang semakin maju seperti adanya platform sosial media. Platform ini bukan sahaja memberi impak positif pada anak-anak, malah akan memberi impak yang negatif juga dimana ia bakal menjadi kebimbangan para ibu bapa.

Jadi, para ibu bapa perlu tahu realiti kehidupan masa kini yang mengutamakan teknologi sehingga hubungan dengan anak-anak semakin jauh…

1. Ibu bapa tiada pengetahuan teknologi.

Sebagai generasi baby boomers, ibu bapa seolah-olah sukar mengerti teknologi masa kini yang sedang digilai oleh anak remaja. Jadi, ini adalah peluang untuk belajar dan mempunyai pengetahuan teknologi supaya mengetahui adakah ia memberi pengaruh yang baik ataupun buruk pada anak-anak?

Jika dulu anda mungkin mengetahui mengenai blog, myspace atau Friendster sahaja, namun sekarang semuanya berubah kerana terdapat lambakan aplikasi di telefon bimbit juga. Hati-hati kerana sebahagian aplikasi mampu memberi pengaruh yang buruk pada anak-anak.

2. Ibu bapa seolah-olah tidak memahami identiti sebenar anak.

Menjadi ibu bapa, pasti kita seolah-olah mengenali anak sendiri, tetapi sebenarnya jauh sama sekali. Ini kerana anak remaja akan melalui perubahan hormon dan juga perubahan struktur otak. Keadaan ini yang akan menjadikan dia lain daripada dirinya sewaktu kanak-kanak. Ini adalah realiti yang perlu kita terima.

3. Ibu bapa tidak mengetahui anak-anak sebenarnya memendam rasa.

Daripada anak-anak kecil hingga besar, sekiranya tersilap langkah didikan dari ibu bapa pasti anak-anak memendam rasa. Anak-anak kecil ini seakan-akan mudah ingat segala-galanya walaupun ia dianggap remeh oleh ibu bapa. Beri peluang untuk anak-anak meluahkan perasaan atau berkongsi cerita supaya mereka mengetahu ibu bapanya mengambil berat tentang dirinya.

4. Ibu bapa dan anak-anak lebih banyak berkomunikasi melalui online sahaja.

Dengan adanya telefon bimbit dan juga aplikasi, hubungan antara ibu bapa dan anak-anak dapat dieratkan melalui online sahaja. Memang benar situasi ini untuk memudahkan komunikasi sekiranya anak bekerja jauh daripada ibu bapa, namun hubungan atas talian dengan hubungan secara realiti itu amat berbeza. Sentuhan anak-anak dengan ibu bapa itu amat penting sebenarnya.


Kredit: Arzmoha

5. Ibu bapa tidak mengambil peluang untuk mengenali rakan anak-anak.

Pada masa kini, ibu bapa sepatutnya mengenali semua rakan anak-anak termasuklah ibu bapa mereka juga. Ini untuk memudahkan jika berlakunya kecemasan ataupun kemalangan. Selain itu, ibu bapa juga akan mengetahui sekiranya rakan anak tersebut memberi pengaruh yang baik ataupun yang buruk.

6. Ibu bapa kurang mengenali anak sendiri.

Dan disebabkan teknologi, para ibu bapa mempunyai kurang inisiatif untuk mengenali anak sendiri. Jika hanya berhadapan dengan telefon bimbit 24 jam 7 hari, tidak hairan sekiranya anak-anak mula menjauhkan diri dengan ibu bapanya sendiri. Jangan jadikan telefon bimbit sebagai pemisah.

7. Ibu bapa cuba menjauhi konflik dengan anak-anak.

Jika hubungan suami isteri cuba untuk mengelak daripada masalah, tidak mustahil sekiranya ia berlaku dengan anak-anak juga. Situasi ini sering berlaku sekiranya, perkara tersebut penting bagi ibu bapa, tetapi remeh pada anak-anak dan juga sebaliknya. Perbezaan ini sedikit sebanyak akan menimbulkan konflik kerana ibu bapa menganggap ia hanya perkara biasa dan tidak perlu diselesaikan.

Situasi ini juga akan mendorong anak-anak menjadi seorang pemberontak suatu hari nanti.

8. Ibu bapa sanggup berkorban segalanya untuk anak-anak.

Parenting sebegini dikenali sebagai Helicopter Parenting dimana ibu bapa hanya menurut kata anak-anak sahaja. Ibu bapa juga seolah-olah menjadi ‘hamba’ kepada anak-anak. Situasi sebegini akan mendorong anak-anak menjadi terlalu manja, dan jika permintaan tidak ditunaikan akan bermasam muka. Maka, ibu bapa ‘kalah’ dengan anak-anak.

Anak-anak sekarang membesar pada zaman yang berbeza daripada kita. Oleh itu, berhati-hatilah dan ingati pesanan ini;

“Didiklah anak-anak mengikut zaman di mana mereka dibesarkan…” [Sayyidina Umar Al-Khattab]

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen