Awas, Ibu Ayah Ini 5 Langkah Pemangsa Seksual Kanak Kanak Dapatkan Gambar Anak Kita! Sebarkan!

Oleh: Zuzu Yasmine

Baik orang dewasa mahupun kanak-kanak kita sememangnya sudah tidak selamat lagi. Mana tidaknya, ada sahaja mata-mata yang memandang dengan penuh nafsu walaupun yang dilihat itu hanya kanak-kanak, ataupun wanita yang menutup aurat dengan sempurna. Takut bukan?

Kalau orang dewasa mungkin boleh berfikir secara matang dan ambil tindakan yang betul. Tapi kalau kanak-kanak bagaimana?

Sebab itulah ibu bapa perlu memainkan peranan yang betul dan bijak apabila menagani pemangsa seksual kanak-kanak. Di sini, Dr. Taufiq Razif ada berkongsi cara mengenal pasti perbuatan tidak bermoral ini.



Ni 5 Langkah Pemangsa Seksual Kanak-Kanak Dapatkan Gambar Anak Kita! Sebarkan!



Pertama : Mereka akan cipta akaun Facebook palsu dan hias akaun tu. Memang akaun tu nampak hidup dan penuh dengan posting yang bermanfaat!

Kedua : Mereka akan mengaku yang mereka ni doktor ataupun penjual ubat yang berkaitan dengan penyakit kulit ataupun kemaluan anak-anak.

Ketiga : Mereka akan buat post ataupun pertanyaan di Facebook tentang cara-cara nak ubat penyakit kulit di kemaluan anak-anak.

Keempat : Jika ada ibu ibu yang respon. Mereka akan minta si ibu tu tadi PM gambar kemaluan anak masing-masing. Kononnya untuk diagnose penyakit anak. Paling mereka suka yang ada anak perempuan.

Kelima : Gambar tu akan disimpan dan menjadi pemuas nafsu mereka. Lebih parah kalau gambar tu disebarkan di group rahsia ataupun dark web depa.

p/s : Tolong ingatkan mak ayah yang lain juga. Ramai lagi mak ayah yang belum tahu tentang Modus Operandi pemangsa seksual kanak-kanak ni

p/s : Percayalah, takkan ada doktor yang akan minta gambar kemaluan anak-anak di Facebook. Doktor yang sah, takkan buat diagnosis dan konsultasi online di media sosial. Benda tu menyalahi etika dan membahayakan pesakit!

Ibu bapa awasi anak anda, serta bijak dalam lakukan setiap tindakan. Jangan biarkan anak menjadi mangsa seksual kanak-kanak.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen