Pengambilan Vitamin C Yang Berlebihan Punca Terjadinya Batu Karang, Mari Ketahui Punca Yang Lain.

Oleh: Zuzu Yasmine

Buah pinggang adalah organ yang sangat penting dalam tubuh kita. Ia adalah dua organ dalaman berbentuk kacang sebesar genggaman anda. Ia terletak di kedua ruang tulang belakang anda di belakang tubuh pada aras pinggang. Fungsi buah pinggang adalah untuk mencuci darah dari sisa buangan dan lebihan air yang diperlukan tubuh. Sisa dan air yang berlebihan akan ditapis semasa darah melalui buah pinggang.





Apakah fungsi utama buah pinggang?

1. Untuk menyingkir sisa buangan

Jenis sisa yang selalunya disingkirkan oleh buah pinggang dipanggil "urea" dan "kreatinin".

2. Untuk mengawal jumlah cecair

Buah pinggang yang sihat mengawal jumlah cecair di dalam badan dan membantu membuang lebihan cecair dari darah.

3. Untuk mengawal tekanan darah

Tekanan darah perlu dikawal pada suatu tahap tertentu agar anda mempunyai cukup darah di seluruh tubuh anda. Mengawal tekanan darah pada tahap normal mengelakkan anda mendapat risiko masalah jantung. Jika tekanan darah tinggi, jantung harus berkerja lebih keras.

4. Untuk menyediakan penghasilan sel darah merah.

Buah pinggang menghasilkan hormon dipanggil erythropoietin, yang membantu tubuh menghasilkan sel darah merah.

5. Agar tulang kekal sihat.

Buah pinggang mengekalkan jumlah fosforus dan kalsium dalam darah; melalui imbangan ini, tulang akan kekal sihat.

Sebab itu pentingnya kita menjaga organ kita yang satu ini. Fungsinya yang tersangat penting ini membuatkan ia begitu tersangat berharga. Buah pinggang ini berkait rapat dengan penyakit batu karang. Batu karang atau kalkuli boleh ditemui di mana saja pada buah pinggang, ureter atau pundi kencing.



Apa punca terjadinya batu karang:

1. Kurang pengambilan air

Kurang pengambilan air merupakan salah satu penyebab terhasilnya batu karang. Jika seseorang itu kurang minum air, ia akan menyebabkan kurangnya penghasilan air kencing.

Perkara ini akan menyebabkan kepekatan air kencing meningkat. Air kencing akan penuh dengan kompaun yang boleh membentuk batu karang seperti kalsium, oxalate dan juga asid urik

2. Pengambilan garam yang tinggi

Garam dapur yang mengandungi kandungan natrium yang tinggi boleh menyebabkan pembentukkan batu karang.

Ini disebabkan natrium akan menyebabkan kalsium disingkirkan lebih banyak ke dalam air kencing dan menyenangkan pembentukan batu karang.

3. Pengambilan Vitamin C secara berlebihan

Apabila Vitamin C masuk ke dalam badan, ia juga akan diuraikan.

Produk terakhir Vitamin C adalah kompaun oxalate yang akan disingkirkan melalui air kencing. Kandungan oxalate yang tinggi dalam air kencing boleh menyebabkan terbentuknya batu karang

4. Makanan yang tinggi dengan lemak omega 6

Makanan yang tinggi kandungan omega 6 seperti lemak haiwan dan beberapa jenis minyak sayuran boleh menyebabkan terbentuknya batu karang.

Ini kerana kajian menunjukkan lemak jenis ini boleh meningkatkan penyingkiran oxalate ke dalam air kencing dan mengurangkan penyingkiran citrate ke dalam air kencing.

5. Penyakit metabolik yang menyebabkan kalsium tinggi dalam badan

Hypercalciuria adalah salah satu punca yang lain menyebabkan penghasilan batu karang. Hypercalciuria bermaksud seseorang itu mempunyai kandungan kalsium yang banyak dalam air kencing.

Ia boleh disebabkan beberapa perkara seperti pengambilan kalsium yang banyak daripada pengambilan supplement kalsium yang berlebihan, penyerapan kalsium yang banyak daripada tulang ke dalam darah(sebagai contoh dalam penyakit hyperparathyroidism) dan beberapa masalah lagi

***Nota ringkas penyebab batu karang

• Unsur kalsium yang banyak dalam air kencing menyebabkan batu karang
• Kompaun Oxalate yang banyak dalam air kencing menyebabkan batu karang
• Kompaun citrate yang banyak dalam air kencing mengurangkan pembentukan batu karang

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen