Bagaimana Untuk Bantu Anak Fokus Tanpa Pil Minda? Ikuti Penjelasan Ini.

Pada masa kini, untuk membuat anak-anak menjadi lebih cemerlang dan berjaya, lebih mudah apabila mempunyai pelbagai suplemen tambahan. Suplemen tambahan ataupun dipanggil sebagai pil minda ini untuk membantu anak-anak fokus pada pelajaran dan kerja yang dilakukan.

Akan tetapi, tanpa pil minda tersebut para ibu bapa boleh sahaja membantu anak-anak untuk menjadi lebih fokus seperti yang dikongsikan oleh Puan Maryam ini…

********

1. Tidur awal dan cukup tidur

Mereka perlu rehat yang bersistem. Waktu tidur ini ramai yang ambil ringan. Untuk pastikan mereka tidur awal, jauhkan gajet di malam Hari atau sekurang-kurangnya kurangnya 20 minit sblm masuk tidur. Pastikan. Aktiviti sebelum tidur juga yang tenang tenang. Effect tidur lambat, jadi mengantuk , tak fokus, cepat cranky. Cuba semak waktu tidur anak yang disarankan oleh WHO.

2. Curiosity

Selain itu, pupuk Semangat minat ingin tahu. Ini boleh buat borak borak santai dengan anak dan explore Sama Sama. Belikan bahan bacaan Yang bukan buku sekolah dulu. Santai seronok itu penting. Kerana ia akan berikan motivasi untuk explore dan mengetahui.

3. Kelebihan dan Kelemahan Anak.

Kemudian, ketahui minat dan kelemahan anak dalam pelajaran. Gunakan kelebihan mana yang dia minat, untuk bagi semangat positif dan fahami bagaimana cara dia berfikir . Kelemahan subjek yang dia ada, cuba santuni , dan fahami dimana yang dia bermasalah.

Jangan terlalu fokus kepada perkara yang susah susah dulu. Sebeliknya lihat dahulu apa perkara basic yang dia tak faham. Konsep konsep basic ini penting utk aplikasi . Untuk memahami sesuatu konsep, setiap anak mungkin berbeza cara.

Ada yang perlukan bantuan bahan fizikal baru dia nampak realiti. Ada yang perlu penerangan dengan gambar. Kemudian baru buat latihan. Kesian kalau push anak buat latihan tanpa kita tahu anak kita faham konsep atau tak. Ini Akan menyebabkan mereka tak suka maka tak nak fokus sebab MEMANG tak faham.

Image result for pil minda
Kredit: Google

4. Main main main main!

Mereka adalah anak yang naturenya suka bermain. Bantu mereka untuk rasai keseronokan ini dan kembalikan kepada fitrahnya. Waktu petang, pastikan dia main. Bermain adalah sangat penting untuk Bantu Mereka fokus.

Bukan main gajet ya tapi aktiviti fizikal. Dirumah, Mereka perlu ada masa untuk bersantai santai dan berborak borak. Memenuhi keperluan ini membantu mereka daripada disekolah nanti, untuk rasa bosan Dan Rasa nak buat macam macam masa cikgu belajar..

5. Gunakan hobby/minat untuk melatih fokus.

Septutnya ini antara point yang lebih atas. Minat anak berbeza-beza. Ada anak suka construction, contohnya Lego, barang pertukangan, berikan dia bahan dan Bantu dia kembangkan minat. Ada anak sangat senang hati dengan painting, silakan bantu dia kembangkan ini dan pemerkan hasilnya.

Ada anak suka bermain pasir, silakan. Dalam percubaan saya dengan kanak-kanak, penglibatan kita sebagai orang Yang lebih dewasa sebagai fasilitator, amat membantu mereka untuk lebih menjiwai minat, Mahal mereka terhibur dengan sokongan Kita.

6. Bantu mereka urus emosi.

Membantu anak mengurus emosi, sedikit sebanyak akan membantu tingkahlaku anak. Bayangkan kalau mereka sedang sedih confuse, geram, kemudian di minta belajar. Kuasai cara mengurus emosi kita sendiri dan juga Cara membantu anak mengurus emosi , adalah amat perlu.

Mengawal waktu penggunaan gadget anak. Ini harus di bantu dengan serius.

Akhir sekali, perbaiki sistem dalam keluarga kita. Setiap keluarga keperluan Dan cabarannya berbeza. Dalam banyak perkara, kebiasaan kebiasaan seharian dalam keluarga mempengaruhi anak. Bagaimana cara Kita bercakap, mengurus tingkahlaku anak, mengurus masa, ia saling berkaitan. Memperbaiki famili system yang lebih baik, membantu kesejahteraan anak. Kesejahteraan anak sedikit sebanyak mempengaruhi fokus mereka.

Inilah semua kejayaan-kejayaan kecil yang sangat perlu diraih anak. Kejayaan kecil ini amat bermakna untuk bantu mereka fokus mencapai tujuan .

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen