Lelaki Ini Kongsikan Tips Untuk Memperbaiki Hidup.

Dalam kehidupan, sudah pasti kita mahukan yang terbaik dan sempurna. Akan tetapi sebagai manusia biasa, apa sahaja yang kita lakukan mudah berputus asa. Dan sebagai muslimin juga, kita memang perlu untuk memperbaiki hidup sendiri dan menjadi lebih baik daripada semalam.

Untuk memperbaiki hidup, ikuti tips daripada saudara Mizan Dzai ini…

********

1. Jangan bandingkan hidup kau dengan orang lain. Kau mungkin tak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka.

2. Jangan mempunyai pemikiran negatif terhadap benda yang kau tak boleh kawal. Sebaliknya, tumpukan tenaga kau terhadap benda yang positif.

3. Jangan terlebih buat apa yang kau mampu. Cukuplah setakat yang anda mampu tapi sehabis baik.

4. Jangan terlalu serius terhadap diri kau tapi fokus pada impian.

5. Jangan bazirkan tenaga kau terhadap gosip.

6. Berfikir lebih jauh bila kau masih terjaga.

7. Iri hati adalah perkara yang sia-sia. Kau sudah mempunyai semua yang kau perlukan, bersyukur.

8. Lupakan perkara yang sudah lepas. Jangan ungkit kesilapan pasangan kau di masa lampau. Ianya akan menghancurkan kegembiraan kau di masa kini.

9. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa. Hindarkan daripada membenci sesiapa.

10. Berdamailah dengan masa lepas kau supaya ia tidak akan merosakkan masa sekarang yang kau sedang miliki.

11. Tiada siapa yang mengawal kegembiraan kau selain dari kau sendiri.

12. Ketahuilah bahawa hidup ni seperti sekolah dan kau di sini untuk belajar. Masalah ialah salah satu dari kurikulum yang akan muncul dan pergi seperti kelas sains, tetapi pengajarannya yang akan kau pegang seumur hidup kau.

13. Senyum dan ketawa selalu.

14. Kau tidak perlu menang setiap pertengkaran. Tidak kira kau setuju untuk tidak.

15. Hubungi keluarga selalu.

16. Beri sesuatu yang baik untuk orang lain setiap hari.

17. Sentiasa memaafkan orang lain.

18. Luangkan masa untuk orang yang berumur 70 tahun ke atas dan 6 tahun ke bawah.

19. Pandangan orang lain terhadap kau bukan urusan kau.

20. Pekerjaan kau tidak akan menjaga kau bila kau sakit tetapi keluarga kau yang akan menjaga kau. Selalu berhubung.

Dahulukan Tuhan dalam segala yang kau fikir, apa yang kau katakan dan buat.

22. Allah akan permudahkan segalanya.

23. Buat perkara yang betul.

24. Tak kira baik atau buruk pun situasi sekarang, ianya akan berubah.

Apa pun yang kau rasa, bangun, bersiap dan terus melangkah.

25. Yang terbaik pasti akan datang kemudian.

26. Buang apa yang tak berguna atau yang tidak menggembirakan.

27. Bila kau terjaga di waktu pagi, bersyukur kepada Tuhan.

28. Bila kau kenal Allah kau akan gembira selalu. Jadi, bergembiralah selalu.

29. Bila kau mengamalkan ke semua di atas, kongsikanlah pengetahuan ini dengan orang yang kau sayang seperti mana aku peroleh dari orang lain.

Ianya bukan sahaja akan memperbaiki hidup kau tetapi orang lain di sekeliling kau juga. Kita saling memberi dan peroleh manfaat dari satu sama lain.

Tak usah bersaing, cuma pastikan yang kita lebih baik dari diri kita semalam.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen