Wanita Ini Kongsi Tips Miliki Rambut Lebat Hanya Guna Campuran Bunga Cengikh Dan Shampoo Sahaja.

Oleh: Zuzu Yasmine

Masalah rambut pasti perkara yang sangat merumitkan buat anda yang bertudung. Ini kerana, seharian bertudung akan membuat rambut berbau, bercabang dan berkelumumur. Mencuba pelbagai jenis shampoo rambut masih lagi belum jumpa yang sesuai malah hanya membuat rambut gugur lebih banyak serta kulit kepala menjadi gatal.



Tak hanya mencuba pelbagai jenis shampoo, tetapi mencuba pelbagai jenis petua orang-orang dulu juga tlah dilakukan namun hasilnya masih tetap sama. Mungkin anda yang sedang berdepan masalah ini boleh cuba petua yang dikongsikan oleh saudari Najwa Qadah. Menurutnya tips ini diperolehi dari orang arab.

Bahan-bahan:

i. Bunga cengkih

ii. Shampoo



Cara-cara:

Hanya ambil beberapa biji bunga cengkih dan masukkan ke dalam shampoo.

Ia selamat digunakan. Najwa dan kali kedua guna petua ini. Memang puas hati ❤ alhamdulilahhh

Bunga cengkih banyak kegunaan dia lain di guna untuk masak. Salah satu Najwa guna dia untuk hilang masalah Najwa alami lama dah..

i. kelumumur

ii. rambut berminyak

iii. rambut gugur

Mana-mana shampoo pun boleh. Tapi Najwa beli untuk baby sebab anak-anak boleh guna sama, bagi rambut lebat sikit. Sebenarnya petua ni untuk lebatkan rambut tapi kesan dia banyak lagi.

Najwa takdak gatal-gatal lagi-lagi time pakai tudung panas-panas macam sekarag ni.. Rambut kering takdak berminyak rasa kembang fresh gitu. Alhamdulilah rambut tak gugur berkilo..

*Najwa ambil petua ini dari orang arab* bagi tahu siap-siap satgi ada orang bising pulak.

Selamat mencuba!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen