"Kerana Tidak Mahu Sebarkan Aib, Akhirnya Ia Membawa Ke Arah Yang Tidak Sihat."

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila bercakap mengenai aib ini, pasti ramai yang ingin menyuarakan pendapat mereka yang tersendiri. Ada yang berpendapat bahawa aib ini tidak seharusnya di sebarkan kerana ditakuti aib diri sendiri akan terbuka pula nanti.


Allah tidak membuka aib seseorang kecuali dengan dua sebab:

i. Kerana ia membuka aib orang lain

ii. Kerana dosa yang disembunyikan sudah melampaui batas. Tidak lain tujuan hukuman ini agar dia tidak terus melakukan
(Sheikh Abdul Aziz Al Tarif)


Begitu juga dengan saudara Nairulhizam Yunus II ini, beliau berpendapat sesetengah perkara yang membawak kepada kemudaratan perlu disebarkan agar orang lain lebih berwaspada. Mari lihat penjelasannya.



Aku ada terjumpa 1 komen di wall Tuan Akhi Fairuz Al-Jengkawi yang mengatakan menjaga aib itu keutamaan dalam isu PU Abu.


“Takut nanti Allah dedahkan aib kita pula.”


Memandangkan post tu dah dipadam oleh tuan punya badan, aku nak jawab kat wall aku pasal aib pelaku ni.

Quote :

Saya bangkang soal aib tu.

Sebagai aktivis social media untuk hiv dan aids saya sendiri dapat banyak rujukan kes begini dari client-client saya.

Kita terlalu sibuk menjaga aib sang agamawan tetapi pernah kita selami apa yang anak tu rasa?

Trauma yang dirasakan?

Aibnya anak itu diperlakukan begitu dikhalayak ramai?

Mengapa aib ustaz tu sahaja yang dijaga sedangkan ustaz tu tak pernah fikir aibnya anak itu waktu dimalukan begitu?

Belum lagi kalau saya nak ceritakan pengalaman trauma anak-anak yang jadi mangsa sexual grooming di sekolah-sekolah agama dan sekolah-sekolah berasrama.

Hanya kerana mahu menjaga aib sekolah, guru dan nama baik ibu bapa apabila mereka dewasa kelak mereka terjebak dengan masalah sosial, adakah masyarakat seperti tuan yang sangat menjaga aib ni akan bantu mereka atau akan menghukum mereka seolah-olah mereka sah masuk neraka hanya kerana beban trauma berpanjangan yang tidak dapat mereka luah semasa kanak-kanak dulu?


Dan kes yang melibatkan pertambahan bilangan golongan celaru seksual adalah berpunca dari kes menjaga aib beginilah.

Akhirnya bila mereka terjebak perkara tidak baik dan dijangkiti hiv masyarakat mula menghukum mereka sedangkan salah masyarakat juga yang sangat menjaga aib orang-orang bergelar terutama dengan gelaran beragama.

Be fair to the victim also.

Selagi kita masih berpegang pada menjaga aib sehingga meminggirkan perasaan mangsa selagi itu segala macam masalah sosial akan terus berleluasa.

So saya rasa tuan perlu duduk dan selami jiwa mangsa sebelum tuan nak berbual soal aib.

Terima kasih.

:unquote

Harap yang komen suci murni sangat tu dapat baca jawapan balas aku ni ya......

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen