"Suami Perlu Turut Sama Menguruskan Rumah Tangga, Jangan Lepaskan Tanggungjawab Itu Hanya Pada Isteri"

Oleh: Zuzu Yasmine

Dalam masyarakat kini pada hari ini, ramai yang berpendapat bahawa kerja-kerja di rumah seperti memasak, mengemas dan pelbagai lagi kerja lain adalah tugas seorang isteri. Bukan itu sahaja, ada yang berpendapat bahawa ia bukan tugas suami kerana suami telah sibuk berkerja di siang hari.

Namun pada hari ini, kalau dilihat baik suami mahupun isteri masing-masing sibuk berkerja tetapi apabila pulang ke rumah, isteri masih melakukan kerja-kerja rumah seorang diri tanpa bantuan suaminya.



Seorang isteri telah membantu suaminya mencari rezeki dalam keluarganya tetapi seorang suami tidak membantu isteri menguruskan rumah kerana merasakan itu bukan tugasnya. Dalam Islam, tugas berikut tertanggung di atas bahu suami:

- Menjaga anak.

- Menyediakan makan minum dan tempat tinggal untuk isteri dan anak.

- Mengurus segala urusan rumah tangga.

- Mendidik anak dan memastikan mereka mendapat pendidikan sempurna.

- Menyelenggara hal ehwal rumah tangga seperti memasak, mengemas rumah dan menjahit.

Dalam kata lain, isteri membantu sekiranya si suami tidak mampu dan tiada masa untuk melakukan tugas itu disebabkan tuntutan kerja, bukan melepaskan sepenuhnya tanggungjawab berkenaan kepada isteri.

Tetapi, isteri yang melakukan tugas membantu suami pasti dikurniakan ganjaran pahala yang besar. Untuk mengelakkan berlaku ketidakadilan dalam rumah tangga dan perbalahan, suami perlu turut sama menguruskan rumah tangga.

Jangan menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab itu kepada isteri walaupun dia tidak bekerja. Namun, kini kebanyakan suami sering menganggap dan bertindak seolah-olah semua itu tanggungjawab isteri serta mengharapkan isteri melakukan semua urusan rumah tangga tanpa rasa bersalah atau kasihan.

Perkara yang boleh dilakukan bagi mengeratkan kasih sayang sesebuah keluarga:

- Suami, isteri dan anak bergotong-royong melakukan kerja di rumah seperti mengemas rumah dan memasak.

- Berkomunikasi dan meluahkan apa juga masalah dihadapi.

- Tidak memendam rasa marah atau penat yang ditanggung.

- Lakukan tugasan sebagai seorang suami dan isteri dengan ikhlas.

- Didik anak untuk menjalankan tugas mereka sejak kecil.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen