Jangan Suka-Suka Nak Putus Tunang, Kalau Tak Jaga 6 Perkara Ini Dulu.

Dugaan ketika bertunang sememangnya mempunyai banyak cabaran. Sekiranya pasangan tidak kuat harungi cabaran tersebut, tidak mustahil pertunangan akan putus di tengah jalan. Namun, berapa ramai dikalangan pasangan yang sudah bertunang tahu antara cabaran besar yang bakal ditempuh?

Atau hanya menganggap cabaran kecil itu adalah cabaran terbesar sehingga menyebabkan hubungan berantakan?

Pasangan yang sedang bertunang, sekiranya berlaku 6 perkara ini, jangan suka-suka nak putus tunang kerana ia boleh diperbaiki dari masa ke semasa…

1. Masih tidak menjaga batas pergaulan.

Menjaga ikhtilat atau batas pergaulan bukan sahaja dengan sahabat, pasangan yang sedang menuju ke jinjang pelamin juga perlu dijaga. Anda dengan pasangan sendiri perlu menjaga batas pergaulan antara satu sama lain jika mahukan perkahwinan yang barakah.

Mulakan dari diri sendiri dahulu. Jangan salahkan pasangan sekiranya terlihat si dia bergaul atau bertepuk tampar dengan rakan jantina yang lain, sedangkan anda berdua pun begitu. Jika batas pergaulan anda berdua tidak terjaga, tidak mustahil ia menjadi kebiasaan untuk kalian bebas dengan sesiapa sahaja.

2. Masih tidak cuba mengeratkan hubungan dengan keluarga pasangan.

Dalam tempoh pertunangan lah anda dan pasangan menjadi rapat dan mengenali antara satu sama lain. Jadi, kalian berdua mempunyai peluang untuk berkenalan dengan bakal ibu bapa mertua dan ipar duai. Ambil peluang ini untuk mengenali latar belakang pasangan dengan terperinci supaya tidak tersalah pilih jodoh.

Keserasian akan tercipta sekiranya kita cuba mengenali antara satu sama lain.

3. Masih tidak cuba untuk berbincang ketika berlakunya salah faham.

Ketika bercinta, memang lumrah berlakunya pergaduhan besar dan kecil. Itulah hakikat dalam menjalinkan hubungan sesama manusia, dan perlu menerima dengan seadanya. Tempoh pertunangan juga untuk mengetahui sekiranya pasangan anda adalah seorang yang boleh selesaikan masalah atau pun tidak.

Sekiranya anda mahu putuskan hubungan semata-mata pasangan tidak suka berbincang, ia berpunca dari anda sendiri sebenarnya. Mungkin cara anda yang buat pasangan tidak suka.

4. Masih tiada perasaan toleransi antara satu sama lain.

Dalam menuju ke alam rumah tangga, toleransi antara suami isteri adalah salah satu kunci utama untuk menuju kebahagiaan.Jadi, dalam tempoh bertunang, anda dengan pasangan perlu ada sifat toleransi ini. Hal ini boleh dipupuk sekiranya anda atau pasangan yang bertoleransi dahulu. Pasangan tidak bertoleransi kenapa? Cek diri anda balik.

5. Masih tidak memahami situasi pasangan.

Dalam rumah tangga kelak, semakin banyak situasi yang anda sukar fahami. Ini kerana perubahan sikap pasangan mengikut waktu, keadaan dan suasana. Sekiranya daripada tempoh pertunangan, anda sukar untuk memahami situasi pasangan, ini yang menyebabkan ada kes ungkit-mengungkit dalam pergaduhan ketika perkahwinan.

Perbaiki diri untuk menjadi teman yang ada sifat pertimbangan.

6. Masih sukar menerima kelebihan dan kekurangan.

Hal yang sentiasa menjadi konflik adalah, sukar untuk menerima kelebihan dan kekurangan pasangan. Padahal hal ini boleh diperbaiki sekiranya anda dan pasangan dapat menerima diri masing-masing seadanya. Jangan cepat sangat berputus asa dengan kekurangan pasangan, kerana ia mungkin ujian dari Allah untuk kita hadapi.

Sekiranya 6 perkara di atas sudah dijaga dengan baik, dan sentiasa cuba untuk memperbaiki, akan tetapi masih lagi tidak serasi, sudah tiba masanya anda dan pasangan berfikir cara nak move on.

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen