Besar Hikmah Faraid Buat Ibu-Ibu Yang Anda Perlu Tahu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila bercakap mengenai pembahagian harta ini, pasti ramai yang kurang faham dan agak keliru dengan pembahagian harta ini. Mana tidaknya, terdapat pelbagai pecahan di dalam pembahagiaan harta ini. Setiap satunya, tersangat penting untuk difahami dengan jelas. Jika tidak begitu faham mungkin kita sepatutnya merujuk kepada yang lebih pakar dalam bidang sebegini.

Apa yang kita ingin tahu dalam pembahagiaan harta ini sudah tentulah lebih ke arah bahagian suami, isteri dan juga anak-anak. Mari kita lihat sedikit hikmah pembahagian harta buat ibu-ibu dari seorang Peguam Syariah Roslina Sabiyah & Co.



Hikmah Faraid Untuk Ibu.



Kebiasaannya bila nak buat kiraan faraid, ramai yang lebih cenderung nak tau bahagian suami, isteri dan anak-anak. Sebenarnya mereka lupa bahawa ibu dan bapa juga merupakan waris fardhu yang wajib menerima faraid.

Jika seseorang mati, Ibunya dapat 1/3 jika si mati tak ada anak atau 1/6 jika si mati ada anak. Bapanya pula dapat 1/6 kalau si mati ada anak lelaki kerana anak lelaki akan dapat asobah. Kalau tak ada anak lelaki bapanya akan dapat 1/6+asobah. Kalau bapa hidup lagi, adik-beradik si mati tak akan dapat bahagian faraid.

Ini menunjukkan keutamaan seorang anak ialah pada ibu dahulu baru bapa. Bila si mati tiada anak, bahagian ibu dapat lebih banyak dari bapa. Tapi bila si mati ada anak lelaki, bahagian ibu jadi sama banyak dengan bahagian bapa. Manakala bila si mati tiada anak lelaki, bapa pula dapat lebih dari ibu iaitu 1/6 dan asobah (baki). Ini menunjukkan turutan tanggungjawab ialah anak lelaki dulu baru bapa.

Faraid ialah tentang turutan keutamaan dan tanggungjawab, tolak-ansur dan kasih sayang. Kalaulah ramai yang faham dan sedar hikmah faraid, takkan ada perang dan sengketa merebut harta. Aman damai masyarakat kita sebab Allah dah susun cantik setiap sesuatu di tempatnya yang paling sesuai. Cuma kadang-kadang. kerana nafsu tak dipandu iman dan ilmu.. harta pusaka jadi harta puaka.. belajarlah tentang faraid. Kerana ia ilmu yang sangat penting tetapi semakin dilupakan..

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen