5 Perkara Ini Yang Membuat Ibu-Ibu Selalu Membebel Di Rumah.

Oleh: Zuzu Yasmine

Wanita selalunya akan dikaitkan dengan kuat membebel akan perkara-perkara yang remeh. Selalu bukan dapat bebelan dari seorang wanita, ibu mahupun isteri. Aishhh, apa punca mereka ini kuat sangat membebel? Sedangkan tiada perkara yang penting berlaku.

Seorang isteri dan ibu ini kuat membebel kerana mereka sayangkan suami dan anak-anak mereka. Ini kerana, bebelan ibu ini juga merupakan didikan kepada anaknya. Bahkan bebelan si isteri adalah tanda bimbang dirinya terhadap suaminya. Jadi tidak salah bukan mereka ini membebel.



Jika anda tidak mahu mendengar ibu atau isteri anda membebel, maka jangan lakukan 5 perkara ini.



1. Tidak meletakkan barang di tempat sepatutnya/ rumah bersepah.

Ibu mana yang tidak sakit mana apabila melihat rumah dalam keadaan yang bersepah. Dengan mainan serta pakaian yang tidak tersusun. Bukan itu sahaja, ibu-ibu ini cukup pantang jika mengambil sesuatu tetapi tidak dikembalikan ke tempat asalnya semula. Jadi setiap bebelannya untuk memastikan anda tidak mengulangi perkara sebegini lagi.

2. Pura-pura tidak dengar apabila dipanggil.

Anda sudah tahu jika ibu anda memanggil nama anda, bukan? Tetapi, bukannya menjawab panggilan itu, anda bahkan berpura-pura tidak mendengarnya dan lebih suka hanya diam. Ini juga sering membuat mereka marah. Walaupun sebenarnya tidak sukar untuk tidak menjawab jika anda dipanggil. Jika anda berdiam diri, anda tidak akan tahu, keperluan mendesak yang anda perlukan.

3. Suka kata “sekejap lagi”.

Apabila diminta pertolongan pasti anda akan cakap sekejap lagi, pasti anda lakukan ini selalunya di rumah, kan? Terutama jika diberitahu untuk bangun awal. Cuba bayangkan rasa ibu anda yang berada dalam kedudukan menunggu. Sudah tentu anda tidak suka sendiri, bukan? Ibu anda memberitahu anda untuk melakukan sesuatu dengan alasan yang tepat. Ibu juga memerlukan bantuan, anda tahu, terutama sekali setelah dia melakukan semua kerja rumah sepanjang hari. Bayangkan betapa penat dirinya?

4. Tidak mandi sepanjang hari.

Walaupun ini adalah cara pengurusan diri anda, tetapi sebagai ibu dia pasti akan terpanggil untuk menegur anda. Ketika hari cuti, pasti ramai yang melengahkan masa mandi ataupun hanya mandi sekali sehari sahaja bukan? Dengan mandi badan anda menjadi lebih segar dan anda juga lebih produktif, itu yang ibu anda mahukan.

5. Bermain telefon bimbit.

Apabila memandang telefon bimbit, pasti tidak memenatkan anda bukan? Bahkan jika sepanjang hari hanya menghadap telefon bimbit pasti anda tidak apa-apa. Tetapi ibu anda tidak mahu sebegitu. Ia mahu anda melakukan sesuatu yang faedah seperti membantunya. Cuba ambil sedikit hati ibu anda itu.

Baik anak-anak mahupun bapanya, pasti suka melakukan 5 perkara ini. Mahu tidak ibu dan isteri anda membebel sepanjang hari. Jadi jika tidak tahan mulalah hentikan 5 perkara ini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen