“Susahnya Nak Kurus..” Ni antara Makanan, Kalau Kita Makan Banyak-Banyak Pun Tak Gemuk.

“Nak kurus, tapi makan sikit pun berat badan dah naik…”

Ia bukan sahaja masalah bagi golongan wanita, termasuk juga bagi golongan lelaki. Namun, sebenarnya berat badan golongan wanita yang mudah naik berbanding dengan lelaki. Sebab itu masalah ini amat digeruni oleh ramai golongan wanita sahaja.

Jika apa yang dapat kita lihat, jenis makanan yang macam mana yang mampu naikkan berat badan kita walaupun makan sedikit? Pasti kalori makanan tersebut banyak tanpa kita sedari.

Ketahuilah pada wanita, bahawa 8 makanan ini jika kita makan banyak pun, berat badan pasti sukar untuk meningkat….

1. Telur.

Sebahagian wanita merasakan dengan makan telur setiap hari akan menyebabkan diri mereka gemuk. Malahan dengan bau yang tidak menyenangkan. TIDAK! Sumber protein dalam telur akan membuat individu berasa kenyang pada waktu yang lama, dan tiada perasaan untuk kunyah snack. Kalau takut sangat mulut berbau, minumlah green tea untuk elak mulut berbau.

2. Ikan.

Pada masa kini, anak muda tidak suka makan ikan dan lebih suka makan ayam. Inilah rahsia bagi mereka yang suka makan ikan kerana ikan adalah makanan rendah lemak dan mempunyai protein yang tinggi.

Tahu tak, ikan dengan isi putih khususnya adalah lebih rendah lemak berbanding sumber protein haiwan lain?

Malah, ikan mempunyai minyak yang tinggi dalam asid lemak omega-3, dimana ia adalah lemak yang ‘baik’.

3. Bijirin Oat.

Oat juga mampu membuat anda kenyang lebih lama kerana mempunyai serat yang tinggi. Bijiran oat sudah tentu mempunyai kalori yang lebih rendah jika dibandingkan dengan kuih-muih yang anda rasakan lebih elok daripada makan nasi lemak. Jika nak sihat dan kurus, cuba makan oat setiap waktu pagi dan malam.

4. Epal.

Epal adalah buah-buahan yang mempunyai kandungan serat yang tinggi dimana ia sangat sesuai bagi anda yang mempunyai masalah penghadaman. Buah epal merupakan sumber vitamin B-kompleks seperti riboflavin, thiamin, dan pyridoxine (vitamin B-6). Vitamin B kompleks berperanan membantu dalam pelbagai fungsi sintetik dalam badan.

5. Avokado.

Tidak ramai dikalangan kita mahu jadikan avokado sebagai makanan rutin kerana harga yang agak mahal.Tetapi anda perlu tahu avokado merupakan salah satu buah yang mempunyai kandungan serat yang tinggi yang baik untuk menjaga kesihatan pencernaan dan boleh menurunkan berat badan anda.

6. Beri.

Di samping dapat memberi anda kulit yang sihat, beri mampu membantu anda menurunkan berat badan kerana ianya tiada kalori dan lemak. Buah beri juga bermanfaat bagi kesihatan dan kulit kerana kaya akan vitami C, serat, mineral dan antioksidan.

7. Betik.

Selain buah-buahan epal dan avokado, betik juga mengandungi tinggi serat yang sangat baik untuk menjaga kesihatan pencernaan. Walaupun rasanya manis tetapi ternyata betik mempunyai kandungan vitamin A yang sangat baik untuk kesihatan mata.

8. Oren.

Selain untuk kesihatan kulit dan mata, buah oren juga mampu membantu anda kenyang dengan lebih lama kerana serat yang tinggi. Ia juga dapat membantu meningkatkan sistem kekabalan tubuh untuk membuatkan tubuh anda lebih kuat untuk melawan penyakit.

Selamat Mencuba Dan Selamat Beramal!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen