Sebelum Nak Terima Lamaran Dari Suami Orang, Baik Dengar Pesanan Kakak Seorang Ini. Banyak Gunanya!

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang kata kalau dan suka sama suka, kahwin sahaja apa lagi. Eh, tapi sebelum anda berkahwin dengan pilihan hati anda itu cuba selidik dahulu latar belakang mereka ini. Kalau lelaki yang masih bujang lihat lah kerja apa, sikapnya, bagaimana dengan ibu bapa dan pelbagai lagi lah. Kalau lelaki yang sudah berkahwin tetapi nak pasangan lagi satu, ini bahaya!

Kalau anda memilih lelaki yang sudah mempunyai isteri sebagai pasangan hidup, banyak perkara yang perlu anda tahu. Selidik dahulu mengenai dirinya, dan ambil tahu mengenai isteri pertamanya. Minta restu dahulu. Jangan main kahwin sahaja bilat ahu orang itu banyak harta, takut-takut silap hari bulan anda yang berputih mata.



Seperti yang dikatakan Puan Nurul Kasmadillawati Zakaria ini banyak betulnya. Kalau nak pilih, pilih yang betul-betul barulah tidak menyesal kemudian hari.



Buat perempuan-perempuan muka tak malu yang pilih untuk berkahwin dengan suami orang yang nampak macam kukuh kewangannya dengan niat untuk menumpang senang. Nak shortcut, taknak rasa hidup susah kononnya, ketahuilah bahawa:

1. Awak nampak dia kerja bagus, gaji besar, tapi awak tak tau betapa banyak komitmen aka hutang yang dia kena bayar tiap bulan. Entah-entah gaji habis ke hutang. Kalau bini dia tak bantu, kebuluran sekeluarga. Tinggal spendot je lelaki tu, habis semua kena gadai.

2. Awak nampak dia bawa kereta besar. Tak semestinya kereta tu atas nama dia ye. Ada ramai suami bergaya ke hulu-ke hilir bawa kereta isteri. Atas nama isteri. Isteri bayar tiap bulan. Silap haribulan minyak dengan touch & go pun isteri yang sediakan duit.

3. Awak nampak rumah dia besar, tak semestinya rumah tu dia yang punya ye. Mungkin rumah tu nama isteri. Dia cuma cuci kaki masuk jadi king. Zaman sekarang ada ramai wanita hebat yang punya 2 3 biji rumah.

4. Awak nampak banyak emas kat badan isteri dia? Rantai tangan coco bling bling berat 80 gram. Cincin besar macam mak datin. Awak pun goda laki dia dengan harapan awak pun akan dapat benda yang sama. Rupanya non hado. Emas berlian tu semua bini dia beli pakai duit sendiri diknon. Harapkan laki dia? Kempunanlah jawabnya.

5. Awak tengok kat fb lelaki tu selalu jalan-jalan holiday bawak anak bini. Eh, bestnya kalau kawin dengan dia ni. Boleh jalan-jalan obersea. Nanti jangan bila dah kawin, awak gigit jari. Rupanya selama ni yang jalan-jalan tayang kat fb tu semua guna duit bini. Takkan awak nak buat muka tak malu tumpang madu berjalan? Dahlah awak rampas suami dia?

6. Awak tengok lelaki tu nampak kemas, segak, bergaya. Ketahuilah bahawa dia nampak kemas sebab kat rumah ada isteri yang jaga makan pakai dia. Terjaga dengan baik sebab ada isteri yang baik di belakang dia, sentiasa sokong dia. Membahagiakan dia. Bersusah-senang bersama. Setia di sisi waktu baru kawin, waktu takde apa-apa. Nanti dah kawin awak taulah rupanya dia selekeh gile. Spendot pun masuk dalam mesen basuh masih bergulung.

Tak usah dirampas hak orang. Cari kebahagiaan sendiri. Jangan hancurkan hati wanita yang lain. Jangan bina kebahagiaan atas air mata wanita lain. Awak nak hidup senang? Usaha. Atau cari lelaki bujang yang kaya. Bukan suami orang. Ada faham? Tak faham kalu, kejap lagi acik lukis.

Sekian. Acik tak marah. Nasihat.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen