Ibu-Ibu, Bahaya Kalau Beli Dan Guna Pil Abortion Secara Online Boleh Menyebabkan Kematian.

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebagai seorang wanita, kita seharusnya mempunyai pengetahuan mengenai proses kelahiran bayi, penyakit berkaitan wanita, kehamilan serta keguguran yang hanya dialami oleh kaum wanita sahaja. Kita perlu memahaminya dengan jelas agar tidak tersalah langkah.

Pernah atau tidak kita dengar mengenai ubat yang mampu mengguggurkan kandung yang boleh didapati secara online. Ramai yang merasakan itu adalah jalan mudah buat wanita-wanita yang masih belum bersedia untuk memiliki anak.

Ramai yang menyangkakan bahawa ia adalah satu langkah yang selamat berbanding berjumpa dengan doktor. Menurut perkongsian Dr. Khairul Faizie, terdapat 5 kes kematian dari tahun 2015 – 2017, kerana beli dan guna pil abortion secara online.



Takut bukan?

Beritanya di sini: The Star

Sebagai wanita, anda perlu tahu cara lakukan keguguran yang selamat. Jangan terlalu pentingkan diri sehingga mengorbankan nyawa anda sendiri.



Keguguran kandungan, atau Abortion ada 3 jenis:

1. Keguguran Spontan ( Spontaneous Abortion)

Dipanggil juga Miscarriage. Di mana ialah keguguran yang berlaku secara spontan / semulajadi kerana faktor seperti kemalangan / trauma, janin yang tidak sempurna, dan lain lain.

2. Keguguran Perubatan ( Medical Abortion)

Iaitu keguguran yang berlaku kerana campur tangan perubatan. Prosedur menggugurkan kandungan dipanggil Termination of Pregnancy( TOP). TOP perlu di buat dalam kes seperti kandungan yang membahayakan nyawa si ibu, dan kandungan yang alami kecacatan yang major ( yang tak boleh survive jika lahir).

Proses TOP ini dipantau oleh pasukan doktor pakar, di buat di fasiliti perubatan yang lengkap dengan sokongan.

3. Keguguran Di Sengajakan ( Induced Abortion).

Kes kes Induced Abortion di luar seliaan doktor pakar yang menjadi masalah. Mereka ini terdesak utk menggugurkan kandungan atas sebab kandungan itu tidak di rancang & tidak mahu diterima ( unwanted & unplanned pregnancy). Kes kes Induced Abortion sebegini yang melibatkan mereka memandai mandai beli ubat Abortion secara online, dan sebab tanpa seliaan doktor pakar + fasiliti perubatan, mereka berisko develop komplikasi seperti perdarahan teruk / jangkitan kuman selepas pengguguran. Dan ya, ia boleh bawa kematian.

Secara perubatan ( Medical Abortion), para doktor boleh guna 2 method :

1) Medicinal Abortion - iaitu guna ubat untuk memulakan proses pengguguran.

2) Surgical Abortion - iaitu guna cara invasive seperti Vaccum Aspiration dan juga Dilatation & Curettage ( D & C).

Bagi teknik medicinal Abortion itu, antara ubat yang digunakan ialah Mifepristone dan Misoprostol. Kes penjualan online ni melibatkan penggunaan Misoprostol.

Doktor pakar akan gunakan kombinasi Mifepristone & Misoprostol yang betul untuk menjalankan Medicallly induced Abortion. Tapi bagi mereka yang beli online, mereka tidak tahu the exact dose yang diperlukan. Dan sekiranya berlaku komplikasi yang dinyatakan ( perdarahan teruk / jangkitan selepas abortion), mereka tidak berada di fasiliti hospital. Bantuan lambat tiba = risiko kematian !

TAHUKAH anda bahawa menggugurkan kandungan dengan sengaja tanpa ada indikasi ( tiada medical reason ) ialah satu jenayah? Ianya termaktub di dalam Akta 574 Penal Code.



Jujurnya, sepanjang aku bekerja, banyak kali dah jumpa patient MELAYU, ISLAM, dan sudah berkahwin yang mahu jalankan proses abortion. Antara alasan mereka:

- Tak bersedia lagi nak pregnant

- Dah tak mahu pregnant

- Kalau pregnant nanti susah kerja

Aku cakap secara direct aja, sebab mereka sebangsa & seagama dengan aku, bahawa usaha nak gugurkan kandungan dengan sengaja itu, HARAM. Dan memang ubat2 tu takde pun di klinik.

Dan aku ingatkan mereka " JANGAN MEMANDAI " nak cipta ubat sendiri utk cuba gugurkan kandungan. Sebab terdesak, ada yang buat campuran sendiri ( cocktail of medications ) pain killer + ubat keluar haid lah....atau ubat keluar haid + minum Coke + jamu + entah apa apa lagi.



Nasihat aku, kalau rasa tak bersedia / atau tak nak pregnant lagi, MERANCANG lah dengan betul seperti makan pil perancang / suntikan, etc.... Ikat ( tubal ligation) kalau dah memang nak tutup kilang, senang cerita.

Kalau memang betul betul tak mahu mengandung ( nak jugak gugurkan) sebab kandungan dulu teruk ada darah tinggi /kencing manis, aku nasihatkan mereka ini rujuk pakar Gynae. Biar yang pakar assess keadaan mereka.

Isu ABORTION ini memang panas.

Bagi yang PRO, mereka berpegang pada prinsip ianya hak wanita tersebut untuk tentukan dirinya mahu atau tidak mengandung.

Isu isu agama / budaya pun main peranan.

Moralnya: Apa jua alasan, kalau hendak juga buat Abortion, TOLONG lah jumpa doktor pakar ya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen