Situasi Tidak Diduga Yang Memerlukan Dana Kecemasan, Jangan Abaikan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Rasa telah banyak pakar kewangan yang sentiasa memberi nasihat agar sentiasa persiapkan dana untuk hal-hal kecemasan dan terdesak. Ini kerana, kita tidak tahu bila akan tiba masa-masa sebegini. Kadang kala kita mungkin tidak berpeluang untuk meminjam duit rakan-rakan, jadi dana kecemasan ini boleh digunakan.

Ramai sahaja yang merasakan bahawa perkara sebegini tidak perlu dilakukan, bahkan anda yang tidak merisaukan masa depan yang tidak terduga itu.



Beberapa situasi kecemasan mungkin boleh terjadi kepada anda tanpa anda jangka dan duga. Orang kata sediakan payung sebelum hujan. Jadi ini beberapa situasi yang mungkin membantu anda untuk berfikir akan kepentingan dana kecemasan ini.

1. Dipecat atau hilang pekerjaan.

Sekarang mungkin kita sedang berasa selesa dengan jawatan dan kerja kita. Tapi kita tidak tahu bila masa kita akan kehilangan semua ini. Terutama jika anda seorang suami yang memikul tanggungjawab keluarga. Jadi perkara sebegini perlu difikirkan. Setiap keluarga perlu menyediakan dana kecemasan keukrang-kurangnya 6 bulan.
Kos sara hidup selama 6 bulan akan sangat berguna untuk memenuhi semua keperluan asas anda dan keluarga anda sambil mencari peluang pekerjaan baru.



2. Penyakit yang tidak dilindung dalam insuran.

Kanser, diabetes, obesiti, dan jantung adalah beberapa contoh penyakit yang sangat berbahaya dan boleh menyebabkan kematian. Kita tidak meminta untuk mendapat penyakit seperti ini, tetapi kita tidak mengetahui apa yang akan terjadai dikemudian hari. Jadi jika penyakit-penyakit ini tidak dibawah lindungan insuran yang anda ambil bagaimana anda ingin merawatnya.

Anda mungkin memerlukan kemudahan kesihatan yang lebih baik dan membantu ubat-ubatan yang tidak dilayan oleh insuran kesihatan. Dana kecemasan akan sangat membantu apabila keadaan ini berlaku untuk anda dan keluarga anda.

3. Bencana alam.

Tanah runtuh, gempa bumi dan gunung berapi letupan adalah beberapa contoh bencana alam yang sering berlaku di dataran tinggi. Sedangkan banjir dan kebakaran adalah satu lagi contoh bencana yang mungkin berlaku kepada keluarga anda. Impak bencana itu adalah untuk memusnahkan tempat kediaman dan membuat anda berpindah sementara. Jadi pada ketika itu pasti anda memerlukan wang bukan? Dana kecemasan akan membantu anda.



4. Hilang tempat bergantung.

Perkara ini lebih terarah kepada isteri-isteri yang mungkin suaminya tidak mengambil pelindungan insuran dan tidak mempunyai dana kecemasan. Cuba anda bayangkan jika anda hilang tempat bergantung dan tidak mempunyai perkerjaan. Jadi bagaimana anda ingin menyara anak-anak serta diri anda sendiri?

Sebab itulah pentingnya anda untuk mempunyai dana kecemasan ini. Berbincang dengan pasangan anda mengenai pelindungan yang sepatutnya anda miliki.

Menyediakan dana kecemasan adalah salah satu bentuk kesedaran untuk melindungi diri sendiri dan juga keluarga anda yang menjadi tanggungjawab anda. Walaupun keadaan di atas tidak semestinya berlaku pada masa akan datang, anda sudah tahu apa yang perlu dilakukan apabila perkara di atas berlaku.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen