Macam Mana Nak Handle Suami Yang Ego Dan Keras Kepala? Jom Baca!

Selepas sahaja berkahwin, pasangan suami isteri akan mengetahui sifat sebenar masing-masing. Bukan pasangan berubah sikap, akan tetapi oleh kerana sudah setiap hari menatap wajah yang sama tidak hairan mudah mengetahui kekurangannya. Sebab itu dalam perkahwinan, pasangan suami isteri perlu mengenali antara satu sama lain setiap hari.

Isteri juga akan dapat merasakan, semakin banyak komitmen untuk diuruskan, semakin ego dan keras kepala si suami. Jika ini yang terjadi pada diri anda, ikuti beberapa tips ini untuk mengelakkan diri menjadi isteri derhaka…

1. Sentiasa hormat dengan pendapat suami.

Pasangan suami isteri yang serasi tidak semestinya mempunyai pendapat dan hobi yang sama, akan tetapi pendapat yang berbeza juga dapat mengeratkan hubungan. Akan tetapi, akan terjadi juga sekiranya pendapat tersebut tidak dipersetujui oleh isteri, jadi untuk menjadi isteri yang hormat dengan pendapat suami, usah melawan.

Usah mengatakan pendapat anda betul, pendapat suami salah. Bersabar dan tunggu masa yang sesuai untuk memberi pendapat anda pula.

2. Sentiasa mengadu pada Allah SWT.

Mengadu pada Allah, bukan sahaja usai solat, akan tetapi merintih lah hati meminta tolong pada-Nya. Sekiranya isteri buntu, dan tidak tahu untuk meminta tolong pada siapa, mengadu pada Allah. Jangan aibkan suami pada pihak ketiga, bahkan di sosial media juga.

Merintihlah seperti…

“ Ya Allah, kami suami isteri ada isu (sebut isu tersebut), tetapi suami berikan pendapat yang berbeza dan tidak mahu mengalah. Aku tidak mahu melawan dan aku kena hormati suamiku. Bagaimana harus aku lakukan?”

3. Sentiasa mencari kebaikan daripada pendapatnya sendiri.

Menjadi seorang wanita apatah seorang isteri, pasti mudah menjadi overthinking. Terlalu memikirkan hal-hal kecil, sehingga orang lelaki berasa jelek dan tidak mampu mengetahui gerak-geri pasangannya. Padahal sudah berkahwin bertahun-tahun.

Jadi, disaat si suami memberi pendapat, isteri jangan terus membangkang, berikan dari sudut yang berbeza seperti…

“Saya okay abang nak beli rumah tu, ada juga pendapatan lebih nanti kalau kita sewakan. Macam-macam kita boleh buat, nanti saya listkan..”

Kemudian bincang kesihatan kewangan anda berdua, dan lihat bajet sehingga mampu membuat suami berfikir banyak kali sebelum membeli.

Jadi, isteri kena la bijak. Sebab itu seorang pemimpin perlukan assistant dalam kehidupannya.

4. Sentiasa mendoakan suami ketika dia sedang tidur.

Isteri amat digalakkan untuk tidur kemudian daripada suami. Ketika inilah isteri berpeluang untuk melihat raut wajah suami dan mengucup wajah tersebut. Di samping itu, doakan lah yang baik-baik untuk suami seperti…

  • Berikan kesabaran dalam dirinya.
  • Berikan kelembutan walaupun tegas.
  • Berikan ketenangan.
  • Rendahkan egonya.

Kemudian kucup tangan dia dan memohon maaf. Semoga Allah memperkenankan doa para isteri ketika suami sedang tidur.

5. Sentiasa pastikan suami menjaga solat dan membaca Al-Qur’an.

Kadang-kala dalam perkahwinan, ada juga sebahagian pasangan, isteri yang perlu membimbing suami. Bukan suami tidak boleh membimbing isterinya sendiri, tetapi apabila tiada saling bantu membantu diantara suami isteri, inilah yang terjadi.

Mendidik suami bukan seperti menjadi boss atau ketua. Dan bukan juga seperti mendidik anak-anak. Amat Berbeza. Tetapi isteri perlu mendidik/membimbing, tanpa dilihat sebagai seorang pemerintah.

Bagaimana?

MENGAJAK suami sama-sama lakukan solat, membaca Al-Qur’an, membuat Taklim BERSAMA-SAMA. Bukannya…

“Abang, bila nak solat?”

“Abang tak baca Al-Qur’an ke hari ni?”

Jika suami rasa seperti diperintah, memang semakin keras kepala lah jadinya. Suami ini ibarat baby besar, jadi semakin mereka meningkat usia, semakin sensitif, jagalah hati mereka.

Selamat Mencuba!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen