Sebelum Nak Kahwin Dengan Suami Orang, Ketahui 7 Rahsia Yang Tak Pernah Lelaki Kongsikan.

Pada segelintir wanita yang masih bujang, atau boleh digelarkan sebagai andartu, mereka melihat lelaki berstatuskan ‘suami orang’ ini adalah lelaki yang sempurna. Bagi pandangan mereka, suami orang ini bukan sahaja sempurna malah sangat memahami hati dan perasaan berbanding dengan lelaki bujang.

Oleh sebab itu, ada sahaja wanita merasakan lelaki bujang ini gagal untuk menjadi seperti suami orang.

Suami orang kelihatan seolah-olah sempurna, kerana adanya orang belakang yang bersusah payah menguruskan kehidupannya sendiri iaitu isteri tercinta.

Malah, suami orang ini juga lebih berpengalaman dalam menyimpan rahsia iaitu…

1. Terlalu banyak komitmen dan hutang untuk diuruskan.

Kebiasaannya, lumrah lelaki memang sukar untuk berkongsi cerita apatah lagi rahsia tentang dirinya. Tidak ramai dikalangan lelaki begitu senang untuk membuka pekung didada berbanding dengan golongan wanita dimana lebih senang berkongsi rahsia walaupun dengan rakan yang baru dikenali.

Jadi, harapan lah untuk para wanita mengetahui komitmen dan hutang yang suami orang ini lalui kerana mereka sentiasa kelihatan terurus jika dilihat pada luaran. Padahal, dalam hati dan fikiran terlalu banyak masalah yang tidak dapat dibendung.

2. Tidak semestinya kereta yang digunakan ialah kereta sendiri.

Kelihatan lelaki bergaya membawa kereta mewah dan berjenama, tetapi apa yang para wanita ini tidak tahu adalah berkemungkinan besar kereta tersebut adalah kereta syarikat. Bukan itu sahaja, mungkin juga kereta tersebut dibayar ansuran oleh isteri sendiri atau ahli keluarga sendiri.

Atau juga kereta pinjam sahaja.

3. Tidak semestinya rumah yang tinggal bersama isteri ialah miliknya.

Rumah besar yang lelaki ini tinggal bersama isterinya, berkemungkinan atas nama isterinya. Yelah, wanita sekarang kan lebih bekerjaya dan berpendapatan tinggi. Jadi, tidak hairan sekiranya loan isteri sahaja yang lepas untuk membeli rumah. Ataupun, si suami hanya menumpang rumah yang dibeli oleh isterinya ketika bujang dahulu. Tiada siapa yang tahu.

4. Isterinya nampak senang sebenarnya guna duit mereka sendiri.

Jika para wanita melihat, isteri lelaki tersebut kelihatan hidup senang dan bahagia tidak semestinya duit yang digunakan adalah dari hasil titik peluh suaminya. Seperti point nombor 3 di atas, wanita zaman sekarang lebih bekerjaya. Jika  terlihat isterinya bahagia dan mempunyai banyak barang kemas, mungkin isterinya guna duit sendiri, bukan guna duit suami.

5. Selalu pergi holiday, tapi guna duit isteri.

Malah sekiranya terlihat pasangan suami isteri tersebut bahagia dan sentiasa pergi melancong atau bercuti, kemungkinan besar perkongsian duit bersama isteri. Kadang-kala hanya menggunakan duit isteri sendiri, kerana ia permintaan isteri untuk pergi bercuti, dan si suami seolah-olah terpaksa menurut sahaja.

6. Suami orang kacak, sebab isterinya pandai jaga.

Dan yang paling penting golongan wanita perlu tahu adalah, apabila melihat lelaki pada waktu bujangnya agak selekeh, tetapi selepas berkahwin kelihatan kacak ia adalah punca daripada isterinya sendiri.

Mana kita tahu, sewaktu dalam rumah isterinya bersungguh-sungguh menjaga suaminya dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki.

  • Shampoo kan suami.
  • Membuat facial pada suami.
  • Sentiasa memotong kuku suami.
  • Buang daki pada badan suami.
  • Membeli minyak wangi untuk suami.

Isteri jaga suami sebab sudah tanggung jawabnya sebagai isteri. Jadi, usahlah menjadi perampas kebahagiaan orang lain.

7. Sebenarnya suami orang ini kedekut.

Apabila suami orang ini test market, sudah tentu hanya nampak sempurna pada luaran sahaja. Segak, berkeyakinan, tiada kekuarangan mahupun kelemahan. Semua keburukan hanya isteri sahaja yang tahu kerana sudah tinggal sebumbung untuk bertahun-tahun. Disebabkan terlalu banyak komitmen, sudah tentu kedekut dengan orang lain. Mula-mula nampak macam kaya, tapi sebenarnya papa kedana.

Oleh itu, jangan mudah terpedaya dan carilah lelaki bujang sahaja. Susah senang hidup bersama.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen