Ini 10 Perkara Yang Perlu Anda Lakukan Apabila Naik Gaji Atau Dapat Bonus, Urus Kewangan Anda Dengan Bijak.

Oleh: Zuzu Yasmine

Kenaikan gaji dan penerimaan bonus adalah perkara yang selalu ditunggu-tunggu setiap tahun buat anda yang tidak berkerja sendiri. Dengan kenaikan gaji serta penerimaan bonus ini banyak perkara yang boleh dilakukan dengan wang tersebut. Terutama dalam pengurusan simpanan dan pembelanjaan.

Apabila anda terima sahaja kenaikan gaji dan bonus ini, jangan terus berbelanja secara mewah dahulu. Cuba lihat dan selidik pengurusan kewangan anda yang sebelum ini. Sudah cukup lengkap ke semuanya?

Jika anda tidak tahu bagaimana nak menguruskan wang tersebut ke arah yang penting, mungkin anda boleh tiru seperti yang dikongsikan oleh saudara Amir Syahir ini.



Setiap tahun pasti ada yang naik gaji kan? Gunakan bonus dan gaji yang naik dengan sebaik-sebaiknya. Mulakan menyimpan 10% daripada pendapatan untuk masa hadapan.

Apa yang korang akan buat dengan wang bonus atapun gaji yang akan naik nanti. Rancanglah dengan baik supaya dapat dimanfatkan sepenuhnya.

Bila gaji naik ataupun dapat bonus;

1. Sayangi kereta lama jika masih elok, bukannya terus tukar kereta baharu.

2. Belikan rumah untuk orang rumah bukannya tambah orang rumah lagi satu.

3. Selesaikan hutang jahat dulu, bukannya cipta hutang jahat yang baharu.

4. Belajar menabung bagi cukup dana kecemasan 6 bulan dulu, bukannya menabung untuk beli Iphone XS.

5. Jangan tambah atau tukar apa-apa dalam rumah jika masih elok dan baharu.

6. Buat perlindugan takaful untuk isteri dan anak sebagai tanda kasih sayang sebagai ayah dan suami.

7. Belikan beras wangi yang berkualiti untuk keluarga, bukannya tukar sport rim kereta.

8. Belanja ibu bapa dan keluarga makan di luar untuk hiburkan hati mereka, bukannya pergi beli jam berjenama untuk menunjuk-nunjuk kepada rakan pejabat.

9. Belikan isteri cincin dan rantai emas sebagai tanda berterima kasih kerana siapkan sarapan dan pakaian kerja kita. Bukannya tukar tayar jadi kepak keluar.

10. Tambahkan nilai derma tabung masjid. Jika dulu RM1 saja apa salahnya masukkan RM10 ataupun RM20. Bukannya masih kekal derma RM1 walaupun bergaji RM3000.

Yang bergaji kecil, tak mengapa. Mulakan melabur di instrumen seperti Tabung Haji dan ASB. Purata dividen 6-7% akan membantu korang sedikit sebanyak dalam mengharungi kos hidup ni.

Naik gaji, cuba kekalkan gaya hidup. Tak perlu tambah komitmen hutang yang tak perlu. Binalah aset di usia muda. Bukannya duk bina liabiliti.

Gaji RM2000 berbelanja lah bawah gaji. Bukan berbelanja lebih RM2000. Barulah tidak berhutang sana sini.

Ambil tahu, ambil peduli tentang kesihatan kewangan korang. Korang mampu mengubahnya.

Kaum wanita tu, dapat bonus jangan duk berlumba-lumba beli Tupperware ye. Dah penuh satu almari dah korang kumpul tu. Baik beli emas. Kah!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen