Awas, ibu Berkerjaya Bertambah Gemuk Kerana 6 Hal Ini.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ibu yang berkerja ini sememangnya mempunyai tenaga yang luar biasa. Mana tidaknya, dalam masa 24 jam sehari, mereka ini mampu melakukan pelbagai tugas dengan penuh rasa tanggungjawab tidak kiralah di tempat kerja mahupun di rumah. Suami-suami perlu hargai isteri-isteri yang sebegini.

Namun begitu, apa yang sering kali menjadi masalah ibu berkerjaya ini adalah tabiat makan dan rutin hariannya yang mungkin menjadi salah satu penyebab dirinya kea rah obesiti. Masalah kegemukan atau obesity ini sememangnya menjadi masalah kesihatan dan mengurangkan keyakinan diri. Oleh itu ibu-ibu berkerjaya perlu sedari bahawa 7 perkara ini sepatutnya tidak boleh diamalkan.



1. Lupa hendak sarapan pagi.

Waktu pagi sememangnya waktu yang sibu buat ibu-ibu berkerja. Bermula dengan menyediakan keperluan suami dan anak serta turut melakukan sarapan pagi buat mereka seisi keluarga. Pada masa yang sama, ibu berkerja juga perlu mempersiapkan diri untuk pergi berkerja hingga menyebabkan dirinya tidak mengambil sarapan pagi. Sarapan pagi ini teramat penting, kerana ia merupakan bekalan tenaga sebelum seseorang itu memulakan pekerjaannya.

Jiak anda tidak mempunyai masa untuk bersarapan, adalah lebih baik jika anda membawa bekal ke tempat kerja anda. Jadi sambil anda melakukan kerja bolehlah anda makan sekali.



2. Kerap ambil makanan tidak sihat.

Apabila sentiasa sibuk, pasti ibu-ibu akan mula terasa lapar dan dahaga. Pada waktu siang, ibu-ibu digalakkan untuk meminum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Tetapi apabila waktu kerja ini, biasanya ibu-ibu akan mengambil snek yang tidak bagus untuk kesihatan seperti kek, roti, makanan bergoreng dan pelbagai lagi. Dengan alasan rakan-rakan sekeliling belanja. Tidak hanya itu, ia juga turut disekalikan bersama kopi atau teh yang manis.

Lebih baik anda membawa snek yang sihat buat diri anda dari rumah. Sebagai contoh bawa sedikit stok buah-buahan serta salad. Jadi apabila anda lapar ketika sedang berkerja boleh ambil ini sebagai snek anda. tidak lupa juga bawak botol kosong yang boleh anda isi air kosong, barulah ia membantu anda mendapatkan air yang secukupnya.

3. Sentiasa lewatkan makan tengah hari.

Walau sesibuk mana pun anda, jangan sesekali melewatkan makan tengah hari anda. Walaupun banyak kerja yang perlu segera diselesaikan, tetapi ia tidak sama seperti perut anda yang sedang lapar itu. Kadang kala ada orang hanya memilih untuk memakan mi segera kerana lebih mudah dan cepat tetapi khasiatnya tidak sama.

Jadi untuk anda memiliki makanan tengah hari yang sihat, jangan malu untuk membawa bekal ke tempat kerja. Pastikan anda sentiasa memakan makanan yang seimbang. Barulah anda mendapat nutrisi yang diperlukan.



4. Kumpul makanan tidak sihat.

Tabiat biasa ibu-ibu bukan? Apabila anak tidak habis makan mula lah kesemua makanan itu akan masuk ke dalam mulut ibu. Tidak hanya itu, rakan-rakan di tempat kerja juga menjadi salah satu penyebabnya. Mana tidaknya ada sahaja rancangan untuk mengajak pergi minum petang lah, cuba makanan di kedai barulah ataupun berjumpa client yang sememangnya menjamu hidangan.

Jika anda berdepan masalah sebegini, cuba untuk menyukat makanan anak anda agar setiap kali mereka makan akan habis. Dan apabila anda diajak oleh rakan-rakan untuk mencuba menu baru mungkin anda boleh menolaknya sekali sekala.

5. Makan pada lewat malam.

Ini juga kerap terjadi dalam rutin harian ibu-ibu berkerja. Selepas sahaja pulang dari tempat kerja, ibu-ibu biasanya akan melakukan tugas rumah dahulu seperti mengemas, memasak serta membasuh baju. Jadi apabila sudah selesai semua itu, jam menunjukkan pada 9 malam. Sudah lewat untuk makan malam tetapi kerana anak-anak dan suami lapar maka ibu juga akan turut serta untuk makan pada waktu malam.



6. Malas berbelanja makanan sihat.

Mungkin kadang kala bukan malas tetapi lebih mahu berjimat kewangan keluarga. Ini kerana, jika ibu-ibu membeli makanan sihat manakala anak-anak dan suami akan memakanan biasa maka mungkin akan berlaku pembaziran. Jadi jika hanya tertumpu pada satu jenis makanan sahaja pasti akan lebih jimat pengurusan wang keluarga.

Ramai yang tidak nampak perkara ini sebenarnya. Sedangkan rutian harian dan cara pemakanan kita adalah penyumbang kepada masalah berat badan kita.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen