"Keluarga Yang Menjaga Solat 5 Waktunya, Adalah Keluarga Yang Benar-Benar Bahagia." Ini Cara Didik Anak Untuk Dirikan Solat, Walaupun Dia Tidak Mahu Suruh Sampai Rajin Solat.

Oleh: Zuzu Yasmine

Solat itu tiang agama, bahkan ia adalah perkara wajib yang dilakukan oleh semua umat Islam tanpa kira bangsa mahupun warna kulit. Dengan solat, ia mampu membimbing sebuah kehidupan yang lebih baik.

Solat ini nampak mudah untuk dilaksanakan tetapi ramai sahaja yang masih culas untuk melaksanakan tanggungjawab ini. Hal ini kerana, kurangnya didikan mengenai kepentingan solat dari kecil membuatkan ia menjadi kebiasaan sehingga dewasa.

Sebab itulah, ada baiknya jika mendidik anak mengenai solat ini bermula ketika dirinya masih kecil lagi. Anda tidak tahu bagaimana hendak menarik minat anak untuk solat? Mungkin boleh cuba saranan seperti yang dikongsikan oleh bapa, Ws Adli W Muhammad ini.



Didik anak-anak untuk mendirikan solat 5 waktu. Dia susah, dia tak nak, suruhlah juga sampai dia solat.

Ya. Semua tahu. Nak didik dia, nak ajar dia supaya dia mendirikan solat, bukan satu perkara yang mudah. Boleh tahan juga beratnya.

Suruhlah dia menyanyi, suruhlah dia buat hal-hal lawak, mudah sangat. Siap kita ajar dan sokong lagi.

Tetapi, bila sebut hal solat, ah macam-macamlah ayat yang keluar dari mulut kita yang jadi mak dan ayahnya.

Dia nak menyanyi, dia nak melawak, dia nak main apa-apa pun, boleh sahaja. Asal ikut batas-batas dan paling penting dia solat.

Jadi, nak tarik minat dan bagi dia suka kepada solat, cubalah tips di bawah:

1. Kita solat. Mak dan ayah solat. Anak-anak tengok kita solat, dia jadi satu penarik minat bagi dia. Inilah teladan paling baik. Kita tak solat, tak usah pelik kalau anak tak dirikan solat.

2. Sebelum azan, kita dah siap-siap untuk bersolat. Solat sama-sama. Pastikan anak dah siap semua depan sejadah. Paling baik ke masjid. Tak dapat, berjemaah di rumah. Bukan seorang solat dalam bilik, seorang solat di ruang tamu.

3. Ajak mereka bersolat dengan ayat-ayat atau ajakan yang baik. Contohnya "Mari kita solat sama-sama. Ikut ayah solat ya". Tarik hati dia, bukan jauhkan hati dia.

4. Bila anak dah berusia 7 tahun atau lebih, dah boleh mula bagitahu kepentingan solat dalam kehidupan seorang muslim. Terang sikit-sikit, bukan terus bagi ceramah huhu. Buat contoh yang boleh menarik minat mereka dan tidak membosankan. Cuba cerita pengalaman kita solat bersama mak dan ayah kita.

5. Semakin meningkat usia, cuba minta dia azan, iqamah, jadi imam, tukang zikir dan pembaca doa. Dia akan tertunggu-tunggu hari tu. Suara dia pada kita macam tak kena je, tetap bagi pujian. Suara kita pun ke laut hihi. Yakin kepada anak-anak.

Keluarga yang menjaga solat 5 waktu, adalah keluarga yang benar-benar bahagia. Mereka tidak perlu lagi mencari dan mengejar bahagia yang ada di luar, kerana bahagia itu akan hadir sendiri kepada mereka.

Solat membawa berkat dan rahmat, khabar gembira dari Allah.

WS Adli W Muhammad,
Usaha sama-sama kukuhkan tiang agama

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen