“Kalau Nak Jadi Isteri Yang Baik, Dekatkan Diri Pada Allah…” Ikuti Perkongsian Ini.

Secara asasnya, sekiranya mahu menjadi anak yang baik pada kedua ibu bapa, mahu menjadi orang yang berguna pada masyarakat, mahu diterima oleh ramai orang, baikilah hubungan dengan pencipta kita dahulu. Kerana daripada Dia rezeki kita akan dilimpahi, termasuklah hubungan yang baik sesama manusia.

Terutamanya hubungan bersama keluarga, yakni ibu bapa dan juga pasangan (suami/isteri).

Oleh kerana itu, perbaiki diri bukan sahaja semata-mata mahukan jodoh yang baik sahaja, malah perlu diteruskan sampai bila-bila. Bagi golongan wanita yang mahu menjadi isteri yang taat dan baik pada suami, dekatkan diri pada Allah seperti perkongsian dan nasihat daripada suadara Abu Hurairah Asifa ini..

********

Mak selalu pesan,

"Kalau kita nak jadi isteri yang baik, kita kena bangun malam. Kena merintih. Banyak menangis. Sebab kita ni lemah. Nak ubah suami pun payah. Nak cakap dengan suami lagi susah. Jadi, kita bercakaplah dengan Allah. Doakan kesalahan suami pada Allah. InsyaAllah, Allah sendiri akan didik suami untuk jadi baik pada anak isterinya"

Image may contain: one or more people and indoor

Tiadalah yang lebih membahagiakan seorang wanita itu melainkan dia memiliki Tuhan didalam hatinya.

Memiliki Tuhan bererti kita ada tempat untuk mengadu, tempat merujuk, tempat meminta tolong, tempat penyelesai masalah dan segala-galanya.

Dua wanita ini, adalah bukti bahawa mereka tak pernah putus bangun di tengah malam, mendoakan suami mereka, lalu mereka dikurnia menjadi wanita yang paling bahagia.

Ibu saya, dan ibu mertua saya.

Wanita solehah.

#sweeterapi

********

Semoga Bermanfaat Dan Rebutlah Pahala Untuk Menjadi Wanita Yang Solehah!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen