Lelaki Ini Kongsikan, Isteri Sebenarnya Tidak Perlukan Pertolongan Tetapi Seorang Partner Dalam Perkahwinan.

Menjadi seorang lelaki yang telah bergelar suami, pasti ada banyak perkara terlepas pandang. Terlalu fokus mencari rezeki untuk keluarga sehingga tidak mengerti kenapa isteri masih marah-marah. Sudah ditolong seperti yang disuruh pun masih bermuncung mulut. Apa yang si isteri ni nak sebenarnya?

Perkahwinan sebenarnya ialah ‘Companionship’ bukan ‘Relationship’.

Saudara Najmi Nawawi telah berkongsi berkenaan dengan isu ini…

********

Jangan tolong isteri anda. Rupa-rupanya masih ramai lelaki yang gagal memahami, mereka ingat isteri mereka perlukan pertolongan untuk uruskan rumah dan anak-anak.

Kita orang lelaki perlu faham bahawa kita tidak perlu untuk tolong isteri kita. Kerana isteri kita sebenarnya tidak perlukan pertolongan kita. Namun apa yang isteri kita perlukan hanyalah seorang 'partner'.

Aku tidak tolong isteri aku kemas rumah, kerana aku juga tinggal di rumah, jadi aku kemas rumah.

Aku tidak tolong isteri aku memasak, kerana aku juga perlu makan, jadi aku akan masak.

Aku tidak tolong isteri aku basuh pinggan, kerana aku juga menggunakan pinggan, jadi aku basuh pinggan.

Aku tidak tolong isteri aku uruskan anak, kerana mereka juga anak aku, jadi aku uruskan mereka.

p/s : Perkataan 'tolong' itu sendiri tidak betul. Kita sama-sama tinggal di dalam rumah, jadi sama-sama kita bekerja untuk rumah. Jika kita tidak bekerja untuk rumah, kita bukan sebahagian dari rumah.

Perubahan sebenar masyarakat bermula dari rumah kita sendiri. Marilah kita ajar anak-anak kita 'the real sense of fellowship!'.

********
Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen