Ramai Yang Tidak Sedar, Perubahan Rutin Antara Punca Emosi Terganggu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila bercakap mengenai perkara yang mengganggu emosi ini, pasti akan dikaitkan dengan tekanan yang dilalui oelh seseorang. Ada yang kaitkannya dengan masalah putus cinta, perkerjaan mahupun keluarga. Namun begitu, ramai yang tidak sedar bahawa perubahan rutin dalam menguruskan keluarga seperti urusan menyambut perayaan dan persediaan memulakan sesi persekolahan, antara situasi yang sering mencetuskan ketegangan emosi.



Ini berikutan masing-masing terpaksa memikirkan bebanan tambahan yang perlu diselesaikan, selain aktiviti rutin biasa.



Ketidakupayaan mengawal perasaan itu kata EXCO Persatuan Psikiatri Malaysia, Dr Ahmad Rostam Md Zin, mampu mewujudkan tekanan dan kecelaruan fikiran.

Beban kewangan

Beliau berkata, individu berhadapan masalah bebanan kewangan juga mengalami situasi sama, kerana mereka perlu menyediakan pelbagai persiapan untuk tujuan itu.

Katanya, banyak dilaporkan kes penderaan dan pergaduhan dalam keluarga, ketika menyambut musim perayaan sebegini.

“Bebanan menyebabkan gangguan emosi terhadap individu, hingga bahayakan diri sendiri dan orang keliling.

“Namun, harus diingat kegagalan mengawal emosi juga berlaku dalam kalangan individu normal, yang merasakan mereka mampu mengawal diri,” katanya.

Beliau berkata, gangguan dikenali sebagai varians dalam kesihatan mental, berlaku ketika adanya perubahan situasi normal hingga tidak normal.

“Gangguan ini disebabkan kegagalan individu mengurus emosi secara rasional.

“Tidak dinafikan kekangan kewangan antara penyebab tekanan perasaan, menyebabkan individu melakukan sesuatu luar kawalan. Ada ketika tekanan ekonomi memaksa mereka melakukan sesuatu yang bukan menjadi pilihan,” katanya.

Faktor utama berlaku gangguan emosi pula, kata Dr Ahmad Rostam, berlaku atas pelbagai sebab dalaman antaranya genetik dan penyakit.

Namun kata beliau, faktor luaran seperti bebanan kerja, masalah keluarga, isu psikososial dan penggunaan bahan terlarang juga menyumbang kepada gangguan emosi.

“Individu yang dilihat normal secara luaran juga mampu melakukan perkara luar kebiasaan, seperti penderaan dan pergaduhan walaupun mereka tidak mengalami gangguan kesihatan mental.

Ambil bahan terlarang

“Keadaan boleh menjadi lebih buruk jika mereka dipengaruhi bahan terlarang,” katanya.

Dr Ahmad Rostam berkata, gangguan emosi boleh diatasi dengan panduan asas, iaitu mengenal pasti keupayaan diri dan persediaan mengawalnya.

Beliau menasihatkan individu yang mengalami gangguan sedemikian supaya segera berjumpa pakar kesihatan mental, atau sekurang-kurangnya mendapatkan bantuan daripada individu yang boleh dipercayai.

“Perkongsian perasaan membantu mereka melegakan segala masalah ditanggung,” katanya.

Punca gangguan mental

• Genetik terutama jika ada seorang ahli keluarga berhadapan masalah sama.

• Gangguan bahan kimia dalam otak neurotransmitter gagal berfungsi menyebabkan gejala mental menyerang antaranya:

I. Skizofrenia, iaitu penghasilan dopamin berlebihan.

II. Kemurungan, paras serotonin terlalu rendah.

III. Mania, paras serotonin meningkat mendadak.

IV. Kebimbangan berlaku gangguan dalam pengeluaran dan fungsi noradrenalin.

V. Jangkitan virus, kajian membuktikan ada penyakit akibat jangkitan dikaitkan kemunculan penyakit mental.

VI. Sejarah hidup getir contohnya, mengalami proses kelahiran sukar, kehilangan ibu bapa ketika kecil atau banyak mengalami cabaran hidup.

VII. Keadaan sosioekonomi yang rendah seperti faktor kemiskinan, tiada kemudahan asas atau keganasan dalam kalangan masyarakat.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen