"Sebagai Isteri Yang Lebih Mengenali Suami Sendiri, Kita Patut Pasang Alert Mode Bila Suami Sedang Menjauhkan Diri, Jangan Menuding Jari Ke Arah Lain Dahulu."

Oleh: Zuzu Yasmine

Alam perkahwinan itu begitu indah, ada pasangan yang sentiasa menemani ketika susah senang. Ada tempat bermanja dan tempat curahan. Boleh kata hubungan perkahwinan ini adalah saling melengkapi antara satu sama lain. Jika bijak memainkan peranan sebagai suami isteri, pasti setiap kebahagiaan itu mampu berkekalan hingga ke hari tua.

Tapi apa yang sering kali menakutkan adalah cabaran yang datang menduga hubungan tersebut. Orang kata, 5 tahun pertama perkahwinan agak mencabar tapi ada juga yang menyatakan bahawa apabila suami isteri telah mencecah umur 40an, juga akan ada ujian datang menduga.

Dalam hidup ini tidak akan pernah lepas dari ujian, cuma anda perlu tahu bagaimana untuk menanganinya secara bijak seperti yang dikongsikan oleh Puan Haslinda Mat Isa. Menurutnya, sebagai isteri yang mengenali suami, kita patut pasang alert mode bila suami sedang menjauhkan diri.

Mari baca pandangan dan perkongsiannya.



Seorang kakak senior pernah berbisik kepada saya.

"Dik, at your age ni, dugaan paling selalu berlaku dalam rumahtangga adalah dugaan dengan suami."

Masa tu umur saya baru menjengah umur 40an. Dan ketika itu, beberapa kenalan saya diuji.

Ada yang diuji dengan suami yang semakin dingin. Ada juga diuji dengan suami curang, siap ada orang ketiga. Ada yang diuji dengan suami yang terlalu workaholic.

Dan saya pun tidak terkecuali. Suami juga adakalanya workaholic, bawa balik kerja sampai ke rumah. Mengadap laptop lebih banyak dari hadap muka isteri dan anak-anak.

Mujur ada kakak senior yang berpesan, agar tidak leka dari menjaga hubungan dengan suami. Sebab diusia 40an, kebanyakan suami sudah established orang kata. Sudah ada jawatan yang stabil, gaji pun makin selesa, dan paling tak tahan, ada yang makin handsome la pula diusia 40an ni.

Kalau terleka dan rasa selamat, ada possibility suami dingorat oranglain. Kalau kita sendiri tak jaga kemesraan dengan suami, tak jaga keperluannya, tak buat dia rasa diperlukan, bimbang pula dia semakin menjauh.

Dan bila dia menjauh dari kita, hatinya akan rasa kosong. Walaupun kita rasa dia OK, hari-hari ada dirumah, dia masih bercakap dengan kita, masih beri duit belanja, kita tetap kena alert. Terutama bila setiap perbuatannya itu kelihatan seperti terpaksa atau 'bila perlu' sahaja.

Sebagai isteri yang mengenali suami sendiri, kita patut pasang alert mode bila suami sedang menjauhkan diri. Mungkin ada sesuatu. Mungkin ianya disebabkan oleh kita sendiri. Sebelum menuding jari kearah lain, lihat dulu pada diri sendiri.

Adakah kita terlalu mengongkong dia, paksa dia buat sesuatu yang dia tidak suka? Atau paksa dia setuju dengan kita all the time? Saya pun kadang-kadang terbuat macam begitu, suka push suami suruh setuju dengan pilihan saya.



Macam pergi travel dengan kawan-kawan. Suami tidak berapa setuju. Sudah banyak kali proposal saya kena reject. Kawan-kawan pun dah tahu sangat. Bila sesekali terlepas tu, semua pun pelik. "wah, suami ko bagi? " Macam tak percaya diorang.

Menjaga hati suami ni macam bermain tarik tali. Adakala kita terlalu menarik sampai luka tangan dan jari. Adakala kita pula ditarik sampai hampir give-up, melecet kaki dan tangan.

Bila terlalu menarik tali, si dia disebelah sana pula boleh give-up dan surrender. Begitu jugalah kalau dia yang terlalu kuat menarik, kita pula hampir tersungkur. Memang sukar nak mencapai kemenangan. Seeloknya, tariklah bersama-sama.

Bila kita nampak orang disebelah sana sedang struggle, kita lepaskan sedikit tali tersebut. Usah terus ditarik dek kerana nak menang. Beri dia ruang untuk bernafas sedikit. Kita pun dapat rileks sikit dan yang disebelah sana pun boleh adjust semula kedudukannya.

Begitulah juga dengan rumahtangga. Bila kita terlalu menekan pasangan, tanpa beri peluang dan ruang, akhirnya kita menang sorang-sorang dan dia give-up, terus surrender.

Bila ini terjadi, mulalah kita bertanya-tanya. Apa salah ku? Aku dah jaga dan buat macam-macam dah. Kenapa dia makin dingin? Kenapa dia dah tak macam dulu?



Ya, jaga dan buat macam-macam tu kalau terlalu extreme pun tak guna juga. Kontrol sampai dia langsung tiada suara dalam rumahtangga. Ataupun terlalu mengalah setiap masa pun tak boleh juga. Suami akan rasa isteri dia ni tak ada pendirian sendiri. Tak boleh dibawa berbincang, setuju sahaja, menurut sahaja. Tak challenging la pula ya.

Apa pun yang kita buat, menjadi isteri ini perlu ada ilmu juga ya. Ilmu sains rumahtangga itu satu darinya lah. Boleh kemas rumah, basuh baju, memasak dan sebagainya. Level ilmu SRT atau ERT ni pula tak kisahlah. Bukan semua orang A+ dalam hal ni. Asalkan tak gagal sudahlah kan.

Satu lagi ilmu, yang itulah, yang bermain dengan hati. Orang perempuan ni pula, biasanya apa yang terlintas dihati, pasti akan diluahkan. Ada yang jenis suka komplen setiap masa. Mulut dia tak reti nak berhenti. Komplen itu, komplen ini. Suami dan anak-anak habis kena leter setiap hari.

Ada juga jenis pendam dihati. Bila suami tanya, Ok tak? Pasti dia jawab "Ok."

Suami pun pening. Nampak macam isteri tu sedang keresahan, bila ditanya, ok je semua. Lama-lama suami pun dah malas nak bertanya.

Macam-macam pesen kita ni kan. Apa pun, kita kenal suami kita. Kita bersederhana dalam semua perkara. Terlalu cepat melatah dan kuat komplen pun tak bagus, sama juga kalau terlalu menurut, suami kata A, A lah yang kita buat. Sesekali kena juga melawan. Bukan sampai berperang. Dia nak berbincang tu.

Oklah. Memandai je akak bagi nasihat kat korang. Kakak pun kadang tu main tarik tali sampai nak tercabut lengan. Lagi mau suruh orang jangan tarik kuat sangat haha.

Calo bebeh. Semoga korang happy dengan pasangan masing-masing.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen