Tanda-Tanda Orang Di Sekeliling Anda Sebenarnya Play The Victim. Hati-Hati!

Play The Victim!

Ataupun dikenali sebagai individu yang suka menjadikan dirinya sebagai MANGSA KEADAAN adalah situasi dimana merosakkan hubungan antara manusia. Ada sahaja dikalangan kita yang suka menjadi mangsa keadaan kerana mahukan perhatian daripada orang ramai, malah mahu dirinya dilihat sebagai orang yang sentiasa ditindas, tetapi sebenarnya dia adalah seorang PELAKON yang hebat.

Jom lihat tanda-tanda rakan anda, ahli keluarga anda atau sesiapa sahaja di keliling anda yang mampu membuatkan dirinya sebagai mangsa keadaan…

1. Mereka sering membuat perbandingan hidup sendiri dengan orang lain.

Apa yang anda lihat adalah dirinya sentiasa membuat perbandingan dengan orang lain sahaja. Bukan sahaja dengan orang lain, dengan diri anda juga pernah dibandingkan juga.

“Aku tak macam korang, kerja hebat, gaji tinggi, aku ni duduk rumah jaga anak je…”

“Aku tak pandai belajar macam korang…”

“Aku tak kaya macam korang…”

2. Mereka sentiasa merungut.

Seperti point di atas, individu sebegini sering membuat perbandingan menandakan dirinya yang suka merungut tanpa kira masa dan waktu. Kita yang dengar pun letih dan sangat menjengkelkan. Individu ini bukan sahaja membuang tenaga dirinya sendiri, malah membuang tenaga anda tanpa disedari. Yelah, penat dengar dia merungut je.

3. Mereka terlalu simpati dengan kehidupan sendiri.

“Kesiankan hidup aku ni tak macam orang lain..” Sambil melihat diri pada cermin.

“Kesian aku ditindas..”

“Kesian aku dianiaya..”

Disebabkan tiada insan lain untuk kasihan dengan hidupnya, maka dirinya sendiri yang kasihan dengan hidupnya sendiri sehinggakan ia menjadi satu tabiat.

4. Mereka mudah salah faham dan terlibat dalam perbalahan.

Individu ini juga tiada masa untuk fikirkan solusi apatah lagi positif pada pendapat orang lain. Apa yang dilihatnya adalah, setiap perbincangan atau bertukar pendapat itu adalah satu peperangan.

‘Benda boleh bincang, jangan bergaduh’

Namun, bagi mereka semuanya mengundang pergaduhan sahaja. Tiada perbincangan! Kemudian, individu ini mula mengatakan, dirinya dipersalahkan. Dirinya dipermainkan. Dirinya diperkotak-katikkan, padahal diri sendiri yang mulakan pergaduhan.

5. Mereka ini sangat pendendam.

Individu ini seolah-olah ingat semua kisah-kisah silam anda. Apabila dirinya mulakan satu pertelingkahan, kemudian mula diungkit kisah silam anda dan diakhiri menyatakan dirinya sebenar menjadi mangsa keadaan. Apabila terlalu memendam perasaan, mereka akan mengira masa untuk membalas dendam pula.

Mereka mahukan apa yang terjadi pada mereka waktu dahulu, jadi pada diri anda juga.

6. Mereka tidak mudah mempercayai orang lain.

Individu ini tidak pernah mempercayai anda kerana dia merasakan semua orang sama sahaja. Semua tidak boleh dipercayai sehingga lebih selesa berseorangan. Apabila duduk berseorangan, mereka akan rasa kesunyian dimana mula membuat andaian buruk tentang anda. Dan andaian ini akan disebarkan pada orang lain pula.

7. Mereka suka provoke diri sendiri.

Dan yang jelas boleh anda lihat adalah, individu ini seolah-olah suka provok diri mereka sendiri. Setiap ayat yang ditulis pada sosial media, mereka akan menyindir dan menyalahkan diri sendiri. Apa yang kita tahu adalah kata-kata tersebut adalah daripada individu yang suka provok diri mereka, akan tetapi kata-kata tersebut dijadikan untuk provok diri sendiri pula.

Ini kerana kata-kata tersebut sentiasa berlegar-legar diminda mereka, sehingga mereka menjadikan diri sendiri sebagai mangsa keadaan.

Begitulah.

Selain daripada individu ini juga akan…

  • Tidak suka memikul tanggung jawab.
  • Kehidupan yang statik, tiada progress dan mempunyai banyak alasan.
  • Mereka mempunyai keyakinan yang sangat rendah untuk melakukan sesuatu.
  • Mereka gunakan sifat lemah mereka untuk manipulasi orang lain.
  • Mereka terlalu suka mengkritik.
  • Mereka ini tiada limit.
  • Dan mereka juga akan buang anda jauh dari dirinya sama ada block, unfirend dan sebagainya.

Hati-hati!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen