Badan Selalu Penat & Lemah Kerana Tidur Tidak Mencukupi Atau Ada Penyakit? Mari Lihat Puncanya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Tak sampai 1 jam tiba di tempat kerja, mulut sudah mula menguap. Nak kata tidak cukup tidur, malam tadi tidur awal. Nak penat seharian, tetapi semalam hanya berada di rumah menonton televisyen. Apa yang membuatkan badan kita begitu letih seperti baru sahaja melakukan kerja-kerja berat?

Adakah disebabkan badan yang terlalu banyak rehat ataupun sememangnya dirinya hanya ingin tidur sahaja? Mari ikuti perkongsian Dr. Azima ini.



Keletihan merupakan satu kebiasaan yang dihadapi oleh semua individu tidak kira dari kanak-kanak sehingga ke orang tua. Tidur dah cukup 8 jam, makan dah cukup tapi badan masih penat, letih dan cepat mengantuk.

Anak kecil selalunya letih disebabkan kerana banyak bermain, orang dewasa pula letih kerana aktiviti harian tidak kira di rumah atau di pejabat. Golongan tua biasanya mengalami keletihan kerana faktor usia.

Kenapa kita selalu penat, letih dan mengantuk? adakah tidur kita tidak berkualiti atau kita ada penyakit? Mari kita lihat puncanya:-



1. Kurang sel darah merah

Dalam sistem badan kita akan sentiasa beroperasi 24 jam, 7minggu, 30hari, 365 hari. Bayangkan lah tiada rehat kan. So sel-sel darah merah dalam perlu sentiasa diganti dengan pembentukkan yang sel darah yang baru. Ini salah satu gejala membuatkan kita sentiasa pening, letih dan lesu.

Bagi wanita pula, kehilangan darah ketida haid menyebabkan iron dalam darah juga berkurang dan ini meletakkan wanita berisiko mendapat anemia. Lemah, Letih, sesak nafas adalah simptom-simptom anemia.

2. Tekanan emosi

Badan kita akan mudah lemah dan tak bertenaga dengan tekanan yang perlu ditanggung oleh otak dan badan kita.

3. Terlalu banyak kafein

Kafeain boleh membantu anda segar dan meningkatkan kadar konsentrasi. Tetapi apabila dosnya berlebihan, akan menyebabkan kadar denyutan jantung dan tekanan darah meningkat da nada kajian mengatakan terlalu banyak kafein akan menyebabkan badan menjadi lemah.



4. Kurang zat besi dan vitamin

Zat besi berfungsi untuk membawa oksigen dari paru-paru ke jaringan dan membawa electron untuk proses pembentukan tenaga di dalam sel.

5. Lemah jantung

Sekiranya anda merasa cepat penat selepas aktiviti ringkas yang selalunya senang dibuat, mungkin ini masa yang baik untuk anda berjumpa dengan doktor.

Keletihan selalunya bukan tanda awal sakit jantung tetapi sekiranya ia keterlaluan sifatnya selepas aktiviti ringkas dan anda dapati tiada jawapan jelas terhadap masalah tersebut, jumpalah doktor untuk pemeriksaan lanjut. Rawatan awal boleh menyelamatkan anda dari serangan jantung yang lebih serius.

p/s: Saya syorkan anda untuk cuba dan mengamalkan makanan tambahan seperti supplemen semulajadi untuk kita mempertingkat kuantiti nutrisi dalam badan supaya kita kembali sihat, bertenaga dan ceria. Yang paling penting, Pemakanan seharian juga harus dijaga. “You are what you eat”

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen