Menurut Kajian, Lelaki Yang Tidak Dapat Membuat Lebih 10 Kali Push-Up Mudah Diserang Sakit Jantung.

Senaman ringkas yang sering dibuat oleh para lelaki adalah sama ada sit up mahupun push-up. Itulah yang paling rajin mereka boleh lakukan sekiranya tiada keinginan untuk pergi bersukan atau Gym.

Akan tetapi, berapa kali push-up yang para lelaki boleh lakukan?

Ini kerana pada masa kini, terdapat banyak godaan makanan, sehingga ramai diserang penyakit obesiti. Malah, tidak mampu untuk membuat push-up berkali-kali kerana berat badan yang semakin meningkat.

BOLEH MENGALAMI PENYAKIT KRONIK.

Menurut kajian, lelaki yang berusia 30 ke atas, sekiranya tidak dapat melakukan lebih daripada 10 push-up, mudah diserang pelbagai penyakit kronik seperti sakit jantung dan juga stroke. Disebabkan tidak menjaga diet pemakanan dengan sihat, para lelaki hanya mampu melakukan sama ada 3 sehingga 5 push-up sahaja, dimana tiada otot untuk dibina, mahupun tiada lemak untuk dibakar.

Menurut kajian dari Harvard University pula, sekiranya seorang lelaki dapat melakukan lebih daripada 40 kali push-up ia bermaksud 97% mereka kurang berisiko untuk mendapat penyakit kardiovaskular.

Sekiranya seorang lelaki dapat membuat sekurang-kurangnya 20 sehingga 30 kali push-up pula, sebanyak ¼ mereka akan kurang berisiko untuk mendapat penyakit arteri koronari berbanding dengan mereka yang langsung tidak dapat membuat sebanyak 10 kali push-up.

Penulis daripada JAMA Network Open mengatakan, ketika mengadakan Kempen Kesedaran Penyakit Kardiovaskular, ramai daripada peserta hanya dapat melakukan sekurang-kurangnya 11 kali push up sahaja.

Image result for push up gif funny
Kredit: Giphy

DAPAT MENCEGAH BEBERAPA PENYAKIT BERBANDING BERLARI DI ATAS TREADMILL.

Secara teori dan saintifik, push-up adalah senaman yang paling mudah dan ringkas untuk dilakukan supaya tidak mengalami sebarang penyakit kronik. Malah, tidak memerlukan apa-apa kos untuk dibayar dimana ia sepatutnya MAMPU untuk dilakukan secara rutin.

Tambahan lagi, jika dilakukan ujian, ia lebih berkesan untuk mengesan penyakit kronik, berbanding berlari di atas treadmill. Berkemungkinan berlari di atas treadmill, hanya sekadar untuk meningkatkan stamina sahaja, bukan untuk mencegah sebarang penyakit seperti push-up.

Kesimpulannya, push-up amat baik untuk kesihatan sekiranya dapat dilakukan lebih daripada 20 kali sehari. Dan antara manfaat yang lain sekiranya dapat melakukan push-up adalah:

  • Dapat menguatkan otot di bahagian abdomen atas.
  • Dapat meningkatkan kesimbangan tubuh.
  • Dapat menguatkan otot-otot di bahagian tubuh badan yang laun juga.
  • Untuk mencegah leher sentiasa cramp.
  • Dapat memperbaiki postur badan yang salah.
  • Dapat meningkatkan Kadar Testosteron bagi golongan lelaki.
  • Dapat memberi kesihatan yang baik pada jantung.
  • Dapat kuatkan tulang belakang.

Push-up juga baik untuk golongan wanita sekiranya ingin memiliki punggung yang cantik, dan perut yang kempis. Cubalah!

Selamat Mencuba dan Selamat Beramal!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen