6 Sebab Anak Muda Jangan Beli Kereta Diluar Kemampuan Dulu.

Secara lumrahnya, menjadi anak muda memang mudah terpengaruh dengan  trend masa kini. Pengaruh sebegini terjadi sehingga lah pada lanjut usia. Pada waktu ketika itu, nak menyesal pun tak boleh sebab Nasi Sudah Menjadi Bubur.


Oleh sebab itu, untuk membeli asset atau liabiliti, amat memerlukan kesedaran dari usia muda lagi supaya tidak bankrupt sebelum usia 40’an. Maka, anak muda perlu tahu bahawa kereta berjenama itu adalah asset ataupun liabiliti.

Kereta berjenama tersebut hanya untuk menunjuk di sosial media ataupun boleh menjana pendapatan juga?

Nak beli kereta boleh, tetapi Ukur Baju Pada Badan Sendiri, jika beli kereta diluar kemampuan, anak muda akan…

1. Susah nak beli rumah.

Pada awal usia 20’an sudah membeli kereta berjenama. Ansuran setiap bulan tinggi, sehingga ada sahaja bulan yang tidak mampu untuk membuat bayaran ansuran. Di situ sudah burukkan nama sendiri pada bank. Komitmen yang tinggi pada awal usia, kemudian tidak bayar mengikut jadual akan menyusahkan diri anda untuk membeli rumah walaupun rumah kecil.

Orang lain berlumba-lumba beli rumah dahulu, tetapi anda membeli kereta berjenama sehingga tidak boleh fokus untuk buat perkara lain.

Anda perlu tahu, ansuran bulanan untuk rumah tidak boleh melebihi 35% daripada pendapatan anda.

Sebagai contoh:

Gaji bersih x 35% = Anggaran ansuran bulanan yang mampu milik.

RM3000 X 35% = RM1050 [Jadi rumah mampu milik adalah dengan anggaran RM210,000] Kalau dapat lebih murah darpada ini lebih bagus, anda akan mampu untuk bernafas dengan wang gaji anda kelak.

Sekiranya anda membeli kereta dahulu, sebagai contoh dengan gaji RM3000, kereta berjenama dengan ansuran RM800 pula, sudah terang lagi bersuluh anda tidak mampu untuk membayar ansuran kereta ini kerana ansuran rumah sahaja sudah RM1050.

Jadi, ansuran kereta tidak boleh melebihi 15% daripada gaji anda, ya.

2. Susah untuk menyimpan.

Apabila ansuran bulanan menjadi tinggi, anda menjadi dilemma untuk menyimpan. Apatah lagi untuk membeli rumah pula. Tiada simpanan. Tiada dana kecemasan. Hanya harapkan kereta berjenama? Kereta adalah liabiliti. Ingat!

3. Asyik berhutang.

Anda juga akan menjadi seorang yang suka berhutang kerana komitmen hutang kereta yang sangat tinggi. Mungkin anda akan berhutang untuk membayar hutang yang lain. Sudah berhutang, anda menambah hutang lagi. Rekod bank tak cantik!

4. Hutang PTPTN pun susah nak bayar.

Di samping itu, dengan hutang PTPTN yang menjanjikan anda untuk membayar selama berpuluh tahun pula. Senak perut bila terkenang kembali bersusah payah tandatangan agreement, dapatkan setem HASIL dan sebagainya. Lagi ada hati nak pakai kereta berjenama.

5. Menyusahkan ahli keluarga.

Apabila membeli kereta, pasti memerlukan Penjamin atau Guarantor untuk kita sahkan, dan nama penjamin sudah pasti antara ahli keluarga kita sendiri. Ahli keluarga yang bebas hutang dan tiada black list pada mana-mana bank. Sekiranya anda sendiri yang sukar membayar hutang berbulan-bulan, ia akan memberi kesan pada penjamin anda.

Jagalah hati dan perasaan keluarga anda sendiri. Nanti sampai dah kahwin menyusahkan adik-beradik yang lain terutamanya sekiranya anda adalah anak lelaki yang perlu menanggung anak dan isteri. Malu pada mereka, anda tidak dapat menanggung mereka, bahkan meminjam tanpa membayar pada adik-beradik yang lain pula. Kemudian, mula mahu putus hubungan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen