Tips Suami Isteri Sekiranya Berlaku Perselisihan Faham Oleh Ustaz Pahrol Juoi.

Mengungkap kata maaf dan melakukan kebaikan pada insan lain terlebih dahulu agar sukar untuk dilakukan. Ini kerana manusia bersifat ego dan tidak mudah untuk merendahkan martabat diri sendiri supaya dipandang tinggi atau dipandang mulia oleh orang lain. Namun, tidak mementingkan dengan pandangan Allah SWT terhadap dirinya.

Apabila ego dan nafsu menguasai diri, tidak mustahil kita mudah dihasut oleh syaitan untuk melakukan sesuatu yang buruk dalam perhubungan manusia. Terutamanya berkenaan dengan hubungan suami isteri.

Isteri mahu suami berbuat baik dahulu.

Suami mahu isteri merubah penampilan cantik dahulu.

Akhirnya, tiada apa yang berlaku kerana terlalu mengharapkan antara satu sama lain, bahkan tidak berdoa bersungguh-sungguh pada Allah SWT.

Seperti perkongsian dari Ustaz Pahrol Juoi ini, suami isteri perlu lakukan beberapa perkara sekiranya terdapat salah faham…

********

Image may contain: 1 person, smiling, suit

Apabila berlaku perselisihan antara suami isteri, ingatlah perkara ini:

1. Dia jodoh yang ditakdirkan untuk kita. Terimalah dengan hati yang terbuka. Usah menyesal dengan takdir.

2. Allah menguji kita melalui dia. Ujian Allah pasti baik, yakni samada pengampunan dosa atau pengurnian pahala.

3. Sedarlah ada pihak ketiga yakni syaitan yang sedang menghasut dalam hati kita dan dia. Hakikatnya, syaitan itulah lawan kita bukan pasangan kita.

4. Ingatlah, kebaikan dan kelebihan pasangan kita lebih banyak berbanding keburukan dan kelemahannya.

5. Jadilah orang pertama memulakan langkah ke arah pembaikan kerana Allah sesungguhnya cinta kepada orang yang dahulu berbuat baik. Meminta maaf, mengakui kesalahan dan kekhilafan diri bukan bererti kalah tetapi itulah kemenangan sebenar di sisi Allah.

********

Oleh yang sedemikian, sebagai suami isteri sentiasalah kenal hati budi supaya hubungan berpanjangan walaupun berlaku perbalahan. Jangan turut sangat ego diri sehingga terbut rasa menyesal di kemudian hari.

Semoga Bermanfaat!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen