Alami Tumit Kaki Merekah, Jangan Abaikan Sahaja. Ini Cara Merawatnya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang sudah pasti akan menjaga kecantikan diri mereka malah wajah adalah satu perkara yang paling utama akan dijaga dan diutamakan setiap saat. Namun begitu, bukan hanya pada wajah sahaja kecantikan itu penting, kaki anda juga penting, terutama tumit kaki itu.

Mana tidaknya, ramai yang hanya memandang ringan terhadap perkara ini kerana beranggap ia di kaki dan tiada siapa akan melihatnya. Anda silap ya!



Masalah tumit merekah merupakan satu masalah berkaitan keadaan kaki yang biasa untuk berlaku. Ia bukan satu masalah yang serius, tetapi ia boleh menyebabkan ketidakselesaan atau kesakitan bagi individu yang berdepan masalah ini. Ia boleh terjadi kepada sesiapa dan pada apa juga peringkat usia, walau bagaimanapun, individu wanita merupakan antara yang sering mengalami masalah tumit merekah ini. Ikuti artikel ini untuk mengetahui tip merawat tumit merekah.



Apakah punca tumit merekah?

Faktor utama yang menyebabkan tumit merekah adalah disebabkan kulit kering, tetapi faktor lain juga boleh menjadi penyebab, antaranya:

i. Berdiri terlalu lama

ii. Berkaki ayam, atau memakai kasut atau sandal yang terbuka pada bahagian belakang

iii. Mandi air panas untuk tempoh yang lama

iv. Masalah obesiti – tingkatkan tekanan ke atas tumit

v. Kasut yang tidak bersesuaian atau menyokong tumit

vi. Keadaan kulit – melibatkan masalah kesihatan seperti psoriasis atau ekzema

vii. Perubahan cuaca

Mungkin terdapat faktor lain yang tidak disenarai turut boleh menjadi punca kepada masalah tumit merekah ini. Keadaan tumit merekah boleh dikatakan bukan satu keadaan yang serius. Namun, jika masalah tumit merekah yang dialami agak serius, ia boleh menyebabkan pendarahan dan berisiko mendapat jangkitan bakteria yang meresap melalui rekahan tumit.

Tip merawat tumit merekah:

1. Pelembap

Selepas mandi, sapukan pelembap atau heel balm – yang mengandungi kandungan pelembap, pelembut, pengelupasan kulit mati. Semasa mencari heel balm, cari produk yang mengandungi petrolatum, minyak mineral, lactic asid, salicylic acid urea, glycerin, dimethicone, alpha-hydroxy acid dan saccharide isomerate. Anda boleh dapatkan produk ini di farmasi atau drugstore. Jika masalah tumit merekah yang anda hadapi agak serius, anda mungkin perlu berbincang dengan doktor terlebih dahulu sebelum menggunakan sebarang produk.

2. Stokin kapas

Sebelum tidur, sapukan gel petroleum pada tumit dan pakai stokin kapas – yang akan membenarkan pengaliran udara. Pemakaian stokin ini dapat membantu mengekalkan kelembapan. Dengan mengamalkan rutin ini dalam tempoh beberapa, anda pasti akan dapat merasaikan perubahan pada tumit anda.



3. Batu apung

Lembapkan kulit tumit anda dengan merendamnya ke dalam air suam. Selepas itu, keringkan sebelum anda menggosok secara perlahan-lahan batu apung atau pumice stone kepada bahagian tumit yang bermasalah untuk mengurangkan kulit yang tebal dan merekah. Sapukan pelembap selepas selesai menggosok dengan batu apung. Bagi individu yang mengalami masalah diabetes atau neuropati, tidak boleh menggunakan batu apung, sebaiknya sila berjumpa dengan pakar dermatologi.

4. Madu

Madu merupakan antara bahan semula jadi yang dapat membantu merawat tumit merekah. Ia bertindak sebagai antimikrobial dan antibakteria. Terdapat kajian yang menunjukkan madu dapat membantu menyembuhkan dan membersihkan luka serta melembapkan kulit. Anda boleh menggunakan madu sebagai scrub kaki selepas merendam, atau sapukan ia sebagai pelembap ketika tidur malam.




5. Minyak kelapa

Bahan ini sering disarankan untuk kulit kering, ekzema dan psoriasis. Ia berfungsi sebagai antiradang dan antimikrobial dapat membantu mengekalkan kelembapan kulit. Menggunakan minyak kelapa selepas merendam kaki juga antara pilihan yang baik.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen