Doktor Ini Kongsi Apa Perbezaan PMS (premenstrual syndrome ) VS Dysmenorrhea Yang Wajib Wanita Ambil Tahu.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap bulan pasti wanita akan didatangi darah kotor atau darah haid. Ini adalah rutin biasa yang dialami oleh setiap orang yang bernama wanita. Malah ia juga tanda bahawa wanita yang didatangi haid itu adalah wanita yang normal dan sihat.

Namun begitu, apabila bercakap mengenai haid ini, pasti ada yang menyatakan juga akan senggugut atau kekejangan otot ketika datang bulan. Perkara inilah yang membuat wanita tidak senang duduk ketika datang bulan. Buat mereka yang datang haid tanpa alami senggugut itu adalah satu perkara yang patut disyukuri.

Pasti ramai di antara kaum hawa ini tidak tahu perbezaan senggugut atau PMS (premenstrual syndrome) yang kerap dialami setiap bulan ini. Ini keterangan yang jelas dari Dr. Khairul Faizie akan perbezaan dua perkara ini.



" Saya hari kedua ni senggugut doktor, sakitnya "

- Awak ada ambil pain killer tak?

" Takde pun"

- Kenapa? Boleh tahan ke tanpa pain killer?

" Saya minum Coke je "

- Coke? Kenapa pulak?

" Sebab orang kata kalau period kita minum Coke, nanti darah cepat keluar , cepat habis..so senggugut pun cepat habis"

- So, betul ke darah period awak banyak keluar lepas awak minum Coke?

" ya, banyak keluar "

🙄🙄🙄



=================================================

SENGGUGUT / PERIOD PAIN ini dipanggil DYSMENORRHEA dalam istilah perubatan.

Bezakan PMS (premenstrual syndrome ) VS Dysmenorrhea :-

Dalam PMS, sakitnya berkaitan breast menegang & rasa kembung, bloatedness. Simptom PMS bermula beberapa hari sebelum bermulanya period, dan sakit PMS akan berkurangan selepas bermulanya period.

Manakala Dysmenorrhea pula bermula sakitnya bila period itu datang, dan sakit Dysmenorrhea ini cirinya ialah rasa sakit krem di bawah abdomen (cramping pain over lower abdomen).

Dysmenorrhea pula ada 2 jenis:

1) Primary Dysmenorrhea

2) Secondary Dysmenorrhea



Primary Dysmenorrhea ialah sakit senggugut yang bercirikan lower abdominal cramp, yang datang bila turunnya darah haid, dan tiada sebarang punca lain yang dapat dikenalpasti sebagai punca sakit tersebut (iaitu no other causes). Kawasan sakitnya ialah di sekitar kawasan ari-ari (suprapubic), dan sakit itu boleh merebak hingga ke belakang pinggang atau belakang kaki. Sakitnya datang dan pergi (intermittent). Sakit ini biasa disertai simptom umum seperti loya / muntah, pening, sakit kepala, demam & keletihan. Sakit ini mungkin paling teruk untuk 1- 2 hari pertama haid.

Manakala Secondary Dysmenorrhea pula ialah sakit senggugut yang berpunca dari masalah lain, samada masalah di dalam rahim (uterine causes), atau masalah dari luar rahim (extra-uterine causes).

Primary Dysmenorrhea sangat biasa bagi wanita muda (dari umur belasan tahun, ke atas). Antara risiko-risiko yang menyebabkan makin teruk sakit Primary Dysmenorrhea antaranya:

i. Umur datang haid pertama kali yang awal (early menarche)
ii. Tempoh period yang panjang (berhari-hari)
iii. Obesiti
iv. Merokok
v. Alcohol

Kenapa ada Primary Dysmenorrhea? Saintis pun tak tahu secara konklusif kenapa, tapi di percayai sakit / rasa cramp itu berlaku kerana tindak balas prostaglandins di rahim. Prostaglandins ialah bahan yang terhasil di tissue yang rosak / ada jangkitan dalam badan kita. Semasa haid, dinding rahim yang asalnya menebal (bersedia untuk menerima janin sekiranya berlaku persenyawaan) akan meluruh (menjadi darah period). Sel-sel dinding rahim yang meluruh ini (endometrial cells) akan mengeluarkan Prostaglandins. Prostaglandins inilah yang akan merangsang dinding rahim untuk mengecut (contraction), dan contraction inilah yang dirasai sebagai " senggugut " / dysmenorrhea. Mereka yang alami Primary Dysmenorrhea yang teruk, ialah mereka yang banyak hasilkan Prostaglandins ini.

Rawatan pain killer mungkin diperlukan semasa sakit Primary Dysmenorrhea ini. Pain killer jenis NSAIDs seperti Ponstan / Synflex / Ibuprofen adalah selalunya efektif. NSAIDs ini akan menghalang penghasilan Prostaglandins yang kita bicarakan di atas tadi.

Selain pain killer NSAIDs, ada kalanya mereka yang teruk Primary Dysmenorrhea nya memerlukan rawatan pil perancang. Ya, pil perancang. Pil perancang berkesan dalam kes ini dengan cara ia menghalang proses ovulasi (pengeluaran ovum, telur) dan mengurangkan jumlah darah haid (reduce menstrual fluid volume). Ramai yang tidak tahu tentang penggunaan pil perancang untuk mengatasi masalah Primary Dysmenorrhea yang teruk, malahan ramai juga yang agak skeptikal dengan cara ini bila diberitahu oleh doktor, terutama buat mereka yang belum berkahwin. Jangan risau, ia tidak membuat anda mandul. Ianya bersifat sementara, selagi mana anda ambil pil perancang.



Bagaimana pula nak syak anda alami SECONDARY DYSMENORRHEA?

-------------------------------------------------------------------------------------

Antara kriteria yang dikenal pasti, yang memungkinkan senggugut yang anda alami itu ialah berpunca dari Secondary Dysmenorrhea antaranya ialah:

i. Dysmenorrhea yang berlaku setelah usia 25 tahun ke atas. (makna nya selama ini dari usia belasan tahun tiada senggugut)

ii. Dysmenorrhea yang ada heavy flow atau irregular bleeding.

iii. Adanya abnormaliti pada sistem pelvis bila diperiksa oleh doktor

iv. Dysmenorrhea yang teruk, yang tiada respon / terlalu sikit respond terhadap rawatan pain killer NSAIDs & pil perancang.

Punca-punca kepada Secondary Dysmenorrhea ini banyak, antara nya:



1. UTERINE CAUSES (punca dari rahim)

i. Adenomyosis - iaitu keadaan di mana tissue yang melapisi dinding dalam rahim anda, mula tumbuh di dinding berotot (muscular wall) rahim.

ii. Pelvic Inflammatory Disease (PID) - iaitu jangkitan di alat sulit wanita yang berlaku hasil dari bakteria yang disebarkan menerusi aktiviti seks.

iii. Cervical stenosis - iaitu keadaan di mana bukaan pada pangkal rahim (serviks) adalah kecil dan mengganggu pengaliran darah haid, maka ia meningkatkan tekanan sakit di dalam rahim.

iv. Fibroid - iaitu ketumbuhan bukan kanser di dalam rahim.

v. Penggunaan alat dalam rahim (IUCD) pun boleh menyebabkan sakit senggugut yang teruk.

2. EXTRA UTERINE CAUSES (punca di luar rahim)

i. Endometriosis - iaitu keadaan di mana tissue yang melapisi dalam rahim, berada di luar rahim seperti di tiub fallopio, di ovari atau di kawasan dinding pelvis, Maka setiap kali datang senggugut, tissue ini pun turut hasilkan rasa sakit tersebut.

ii. Ovarian cyst - iaitu cyst di ovari

iii. Ketumbuhan (samada kanser atau tidak) yang terdapat pada usus besar / pundi kencing / ovari.

iv. Radang & parut pada tissue abdomen / pelvis (scarring & inflammation) - iaitu Adhesion ..contohnya parut pembedahan.

Bagaimana nak bezakan secara konklusif senggugut itu berpunca dari punca Secondary?

Maka perlukan pemeriksaan lanjut seperti ultrasound, CT scan / MRI, dan juga pemeriksaan Laparoscopy.

Untuk menjelaskan secara terperinci setiap punca Secondary Dysmenorrhea ini, memerlukan posting yang khusus. Insya Allah, aku akan tulis tentang Endometriosis & Adenomyosis sebab ini antara punca-punca Secondary Dysmenorrhea yang biasa ditemui dalam practice aku.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen