Anak Jadi Takut Apabila Kena Tengking, Malah Ia Juga Akan Beri Kesan Negatif Pada Otak.

Oleh: Zuzu Yasmine

Apabila anak buat salah sikit mula bapa tinggi suara, bila anak buat adiknya menangis mula ayah tunjuk bengisnya. Itulah yang selalu ibu ayah lakukan pada anak-anak apabila mereka ini lakukan kesalahan dengan beranggapan apabila tunjuk semua perkara itu anak akan menjadi seorang yang taat.

Ramai ibu ayah tidak sedar akan kesan tindakan tengking atau meninggi suara ini pada tumbesaran anak-anak. Bahkan mungkin ia akan memberi kesan pada zaman kanak-kanaknya atau pada masa depannya. Itu semua tidak akan dijangka, apa yang penting perbuatan sebegini tidak bagus untuk mereka.

Bukan diminta untuk dimanjakan atau terlalu turut kata anak-anak, tetapi setiap perbuatan yang dilakukan itu perlu lah berpada-pada hingga tidak menjejaskan tumbesaran anak sendiri kelak.

Mari ikuti penerangan Dr. Taufiq Razif mengenai kesan menengking anak.



Anak akan jadi taat bila kita tengking?



Ni gambar anak kedua saya, Solahuddin. Solahuddin ni memang akan jadi taat dan ikut je arahan saya kalau saya gunakan kuasa kemarahan dan tengkingan.

Nampak mudah je kan nak bagi Solahuddin ni jadi dengar cakap kan? Padahal ketaatan yang muncul selepas tengkingan tu namanya BLIND OBEDIENCE!


Bahasa mudahnya adalah taat membuta tuli. Ye, anak saya akan jadi taat tapi dia taat kerana FEAR SYSTEM di otaknya sedang aktif.


Benda ni tak bagus. Sangat tak bagus sebab ianya melemahkan THINKING BRAIN anak saya.


Jadi nak taknak saya kena gunakan cara memberi anak saya tu pilihan ( using choices), tunjukkan ketegasan ( firm) dan menunjukkan akibat buruk daripada perbuatannya ( using consequences),bukannya keganasan & kegarangan yang melampau.

Demi kesihatan mental dan emosi anak anak kita. Jom kita ubah cara kita marah dan didik anak anak kita.

p/s : Jadi singa tanpa sengaja, itu kerana kita manusia biasa tapi kalau tiap saat menjadi singa maka sengsaralah anak kita 😢

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen