Mama Papa Kena Amalkan 4 Peraturan Penting Ini Dalam Mendidik Anak-Anak Di Rumah.

Oleh: Zuzu Yasmine

Bila Bercakap mengenai mendidik anak-anak ini pasti ada ibu bapa yang telah memilih bagaimana cara yang mereka mahukan dalam mendidik anak-anak mereka. Dan setiap tindakan yang diambil oleh ibu bapa pastinya adalah satu tindakan yang baik buat anak-anak.

Tiada ibu bapa yang mahukan anak-anak mereka berdepan dengan sesuatu yang sukar pada masa hadapan, bahkan semua ibu bapa pasti mahukan yang terbaik buat anak-anak mereka.

Mungkin sesetengah pihak ada beranggapan perkara sebegini boleh dipupuk di luar rumah tetapi ramai yang tidak tahu bahawa didikan dari rumah mampu mempengaruhi dari semua aspek.

Menurut seorang bapa ini, Encik Mohd Fhais, dirinya tertarik dengan ceramah Dr Shukri Abdullah mengenai 4 peraturan yang wajib ada dalam setiap rumah.



Jom ikuti perkongsiannya.



Benda ni nampak simple, tapi kesan dia sangat besar dalam diri anak-anak.

Kalau anak malas pergi sekolah, selalu tidur dalam kelas, lambat tangkap semasa cikgu mengajar maka semak la semula 4 peraturan ni.

Ada atau tidak.

1. Perihal Solat

Didik anak solat ni penting. Kalau tak ajar anak hormat agama, hormat Allah, makanya susah juga dia nak hormat mak ayah.

Apatah lagi cikgu di sekolah, lagi la tak di hormatinya. Bila tak hormat mulalah kena marah sikit berdendam, cikgu mengajar di depan dia tidur.

Sujud ini yang akan bentuk anak kita jadi manusia cemerlang. Tak bongkak, tak keras kepala dan mudah di lentur. Percayalah mak ayah sekalian.

Solat banyak manfaatnya. Salah satunya ialah ia mendidik anak tentang displin. Solat kena ikut waktu, dan tepat pada waktunya. Tak boleh ikut suka hati nak solat. Ini displinnya.

Jaga solatnya maka terjaga akhlaknya.

2. Perihal Belajar

Pastikan ada waktu belajar semasa di rumah setiap hari, setiap minggu. Tegas beliau lagi, belajar bukan buat kerja sekolah sahaja. Kalau tak ada kerja sekolah tak perlu belajar.

Bukan begitu!

Kerja sekolah tu hanya latihan, untuk memantapkan lagi pemahaman apa yang di belajar di sekolah.

Selain tu, anak kena buat sendiri ulangkaji pelajaran, baca buku berulang kali, buat latihan tambahan dan latih tubi sebanyak yang mungkin. Ini maksud belajar di rumah.

Mak ayah kena beri sokongan penuh. Semasa anak belajar jauhkan segala gangguan, tutup televisyen, tutup handphone. Ini berkenaan masa depan anak kita juga.

Pengorbanan mak ayah hari ini boleh jamin masa depan anak-anak.

3. Perihal Tidur

Tidur kena cukup. Tidur kena awal. Jam 9-10 malam mesti kena tidur dah. Baru anak tak susah nak bangun pagi. Bangun pun tak layu. Jangan ajar anak tidur lewat walaupun cuti sekolah.

Dah terbiasa tidur lewat nanti susah nak hilangkan tabiat tu. Tabiat nak buang bukan mudah. Boleh bergaduh bab tabiat ni. Dendam pun ada.

Sebelum tidur jauhkan pengaruh skrin seperti televisyen, handphone, tablet dan sebagainya. Benda ni semua parasit. Parasit ni la yang akan hasut mata anak kita untuk terus leka main games, tengok video dan main media sosial.

Lagi satu penting! Jangan bagi anak bawa telefon masuk bilik tidur. Percayalah, mereka tak tidur. Mesti main handphone punya sampai ke tengah malam.

Tidur ni kalau betul-betul jaga boleh jadi penawar segala penyakit termasuk penyakit malas dan ketagihan. Kalau sanggup tak tidur main handphone maknanya anak dah sakit la tu.

4. Perihal Sarapan

Anak yang tak bersarapan waktu pagi akan pergi sekolah dengan otak seakan sama seperti orang tua umur 70 tahun.

Lembap, tak fokus dan mudah berangan !

Ini punca anak tak bertenaga semasa di kelas. Bukan sahaja fizikal tapi mental juga. Cikgu mengajar dia lambat tangkap, dalam kelas boleh tertidur dan paling parah cikgu mengajar tapi fikiran dia melalut perkara lain.

Remeh je kan sarapan ni, tapi kesan dia amat dasyat sekali.

Saranan beliau lagi, sarapan paling baik waktu pagi makanan yang ada protein seperti ikan, telur, ayam, kekacang, daging dan susu. Selain perut kenyang, otak anak pun lebih cergas dan mudah tangkap bila belajar. Insyaallah.

Begitulah, sebenarnya kalau nak anak kita jadi hebat di dunia yang luas ini mulanya mesti dari rumah.

Mak ayah la kena tunjuk contoh teladan yang betul. Bak kata pepatah, kuih mesti ikut acuannya kan.

Kalau kita boleh ikut 4 peraturan ni dengan baik, nescaya anak pun tak akan banyak beri masalah pada kita kelak.

Belum terlambat untuk berubah, nak anak berubah kita kena berubah dulu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen